Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
k40 siri

POCO F3 Sudah Terima SIRIM, Pelancaran Semakin Hampir

Diterbitkan Mac 9, 2021 oleh Amsyar Latif

Peminat POCO di Malaysia mungkin tidak perlu menunggu masa yang lama lagi kerana POCO F3 sudah pun menerima perakuan SIRIM dan ini bermakna pelancarannya semakin hampir.

Melihat pada pangkalan data SIRIM, nombor model telefon ini adalah sama yang terdapat di IMDA, Singapura iaitu M2012K11AG.

Poco F3 SIRIM

Bezanya adalah pada SIRIM, ia secara terus memaparkan POCO F3 yang mana seperti kami laporkan, telefon ini bukan lagi satu misteri.

Untuk spesifikasi, tidak perlu diulas dengan banyak kerana POCO F3 hanyalah sebuah telefon yang dijenamakan dari Redmi K40 yang dilancarkan di China baru-baru ini.

Imbas kembali penawaran Redmi K40, ia dijana cip Snapdragon 870 dengan konfigurasi memori sehingga 12GB RAM dan storan 256GB.

POCO F3 akan dilengkapi paparan Super AMOLED 120Hz berukuran 6.67 inci. Bateri pula dimuatkan 4520mAh dengan pengecasan pantas 33W.

Dengan kehadiran POCO F3 ini, adakah peminat POCO akan kembali melaungkan “baik beli POCO” kerana harga jualan K40 di China adalah bermula 1999 Yuan (~RM1251).

Sumber: 91mobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY