Misteri Terjawab, POCO F3 Adalah Redmi K40 Yang Dijenamakan Semula

Minggu lalu Redmi K40 secara rasminya dilancarkan di China. Pada masa yang sama juga, kami melaporkan yang mungkin telefon ini dijenamakan semula untuk POCO.

Namun, misteri ini sudah terjawab kerana POCO F3 telah menerima perakuan dari US FCC. Melalui ini juga, mungkin kita dapat menjangkakan POCO F3 Pro akan hadir kelak memandangkan terdapat Redmi K40 Pro dan Redmi K40 Pro+.

https://twitter.com/yabhishekhd/status/1366558264071049216?s=20

Untuk POCO F3, tiada perubahan terhadap spesifikasi kerana ia hanya bertukar jenama sahaja. Ia masih dijana Snapdragon 870 dengan rangkaian 5G, 6GB atau 12GB RAM dan storan 128GB atau 256GB.

Tiga tetapan kamera belakang dengan 48MP utama, 8MP ultra lebar dan 5MP makro. Sementara kamera swafoto adalah 20MP.

Turut dimuatkan bateri sebesar 4520mAh dengan pengecasan pantas 33W yang didakwa mampu mengecas penuh dari 0% dalam hanya satu jam.

POCO F3 dilengkapi paparan 6.7 inci Super AMOLED serta kadar penyegaran 120Hz. Selain Android 11, ia juga mungkin akan terus menggunakan MIUI 12.5.

Dari segi harga, mungkin ia akan dijual bawah RM1500 untuk pasaran tempatan kerana di China Redmi K40 berharga 1999 Yuan (~RM1251).

Sumber: @yabhishekhd via gsmarena