Kini, jenama Poco telah memasuki episod kedua edisi 'flagship killer' dan mereka baru sahaja melancarkan model terbaharu mereka - Poco F2 Pro.

Pertama sekali tidak pasti mengapa ia diberikan nama 'Pro' sedangkan tiada versi Poco F2 biasa. Yang keduanya, peranti ini sebenarnya adalah sebuah Redmi K30 Pro yang telah dijenamakan semula.
Poco F2 Pro hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 865 sebagaimana peranti-peranti pesaing lain yang lebih mahal. Antara penambahbaikan yang dilakukan adalah ia mempunyai sistem penyejukan LiquidCool 2.0 dengan kebuk wasap yang besar.
Walaupun peranti tidak hadir dengan kadar segar semula yang tinggi (hanya 60Hz sahaja), ia dilihat disertakan dengan panel skrin yang baik. Saiz skrin berukuran 6.67 inci AMOLED dengan resolusi Full HD+. Tiada sebarang takuk yang disertakan kerana lensa swafoto diletakkan dalam bentuk pop-naik bermotor bersaiz 20MP.

Panel peranti juga menyokong piawaian HDR10+, Widevine L1 untuk tontonan HD Netflix, TUV Rheinland, dan mempunyai maksimum 1200 nits kecerahan. Ia juga turut mempunyai input sentuhan setinggi 180Hz. Walaupun tidak setanding panel 90Hz atau 120Hz pesaing, pada kami ia masih merupakan panel yang cukup baik jika dilihat dari spesifikasinya.
Kamera belakang dimuatkan dengan 4 lensa - 64MP utama Sony IMX686, 13MP sudut lebar, 5MP telemakro, dan 2MP depth. Peranti juga turut hadir dengan rakaman 8K 30fps yang mana agak unik kerana setakat ini hanya Samsung sahaja yang menawarkannya pada Galaxy S20.

Dari segi memori, peranti hadir dengan pilihan 6GB/128GB dan 8GB/256GB. Tambahan, ia adalah berasaskan UFS 3.1, lebih pantas dari kebanyakan peranti pesaing yang hanya mempunyai UFS 3.0. Namun, sedikit sedih kerana Poco F2 Pro kali ini tidak menyertakan sokongan kad microSD.
Walaupun begitu, bicu audio 3.5mm masih ada bersama-sama sokongan Hi-Res Audio. Bahagian bateri dimuatkan dengan 4,700mAh dan pengecasan adalah selaju 30W.

Peranti hadir dalam 4 pilihan warna - Neon Blue, Phantom White, Electric Purple, dan Cyber Grey. Poco F2 Pro dijual di Eropah bermula 499 euro (~RM2,343) untuk model 6GB/128GB dan 599 euro (~RM2,815) untuk varian 8GB/256GB.
Berkaitan
- Rangkaian Yoodo Sukar Diakses, Kini Dalam Proses Baik Pulih
- Komputer Riba Professional Dell Latitude Dengan Intel Core Gen-10 Dijual Bermula RM5,249 Di Malaysia
- Astro Tawar Promosi Pakej Jimat 109, Internet 30Mbps, Lebih 90 Saluran Astro Pada RM109.99 Sebulan
- Redmi Note 9 Pro - Spesifikasi Membuak-Buak Untuk Peranti Berharga RM1099
- Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai HONOR 9X Pro Yang Bakal Dilancarkan Di Malaysia
- HTC Desire 20 Pro Turut Diumumkan - Bukti Peranti Dengan Cip Snapdragon 665 Masih Belum Berkubur
- vivo V20 dan V20 Pro Dilancarkan - Hadir Dengan Snapdragon 765G, Kamera Utama 64MP Dan Swafoto 44MP
- Senarai Barangan Tronsmart Harga Promosi 12 Disember Ini
- Projek Neuralink Elon Musk Kini Bersedia Untuk Diuji Ke Atas Manusia
- POCO Kini Syarikat Beroperasi Bebas Tidak Lagi Di Bawah Xiaomi