Poco F2 Pro Pada RM1999, Redmi 9 Berharga RM459 Sempena Jualan Pertengahan Tahun Xiaomi

Mungkin ada antara anda yang mahu membeli Poco F2 Pro yang dijual serendah RM1,999 namun terlepas atau tidak sempat. Jangan risau kerana Xiaomi kembali semula dengan jualan pertengahan tahun besar-besaran 6.18 Online Mid Year Sales pada 18 Jun 2020 ini.

Ia hanya akan berjalan untuk tempoh satu hari sahaja dan setiap barangan akan ditawarkan pada waktu yang berlainan untuk hari jualan promosi tersebut.



Bukan Poco F2 Pro sahaja, banyak juga produk dan gajet Xiaomi yang ditawarkan pada harga eksklusif dan juga promosi barangan percuma.

Peranti Pintar


Redmi Note 9 (3GB/64GB)

Redmi Note 9 (4GB/128GB)

POCO F2 Pro (6GB/128GB)

POCO F2 Pro (8GB/256GB)

Redmi 9 (3GB/32GB)

Redmi 7A (2GB/32GB)



 

Produk Ekosistem


Mi Band 4

10,000mAh Mi 18W Fast Charge Power Bank 3

20,000mAh Redmi 18W Fast Charge Power Bank

Mi Home Security Camera 360 1080p

Mi Air Purifier 3H

Mi True Wireless Earbuds Basic



Jualan kesemua produk adalah bermula dari 18 Jun sehingga 23 Jun. Namun untuk peranti pintar, ia hanya akan dijual dalam tempoh 1 hari sahaja (18 Jun). Tarikh yang lebih lewat pula adalah untuk jualan produk ekosistem seperti powerbank dan lain-lain.

Untuk maklumat lanjut mengenai jualan pertengahan tahun Xiaomi ini, boleh ke halaman rasmi Xiaomi di Lazada dan juga Shopee.

 

Berkaitan