Ia berikutan satu kiriman yang dibuat oleh pengedar peranti, Mobile 2 Go di laman Facebook mereka mengenai penjualan peranti tersebut. Kiriman tersebut telah disertai dengan kapsyen, "Bakal tiba! Tersedia sebelum SST bermula".
Umum mengetahui bahawa cukai SST akan mula dikenakan pada 1 September ini, bersamaan Sabtu minggu hadapan. Maka, ia sekaligus menandakan Poco F1 akan mula dijual oleh mereka sebelum tarikh berkenaan.
Mereka menawarkan variasi 6GB RAM dan 64GB simpanan dalaman dan peranti ini dijangka akan tiba pada 28 Ogos nanti. Anda juga boleh mendaftar minat melalui pautan yang disediakan bersama kiriman atau klik di sini.
Selain itu, sebuah lagi pengedar, DirectD juga telah mengesahkan bahawa Poco F1 bakal tiba di kedai rasmi mereka di XIAOMI Malaysia Authorised Concept (Mi Home) di pasaraya Utama, Kuala Lumpur.
Walaubagaimanapun, harga jualan bagi Poco F1 ini masih lagi belum diumumkan. Namun, jika menurut tukaran wang semasa denga harga pasaran di India, Poco F1 ini akan dijual pada harga serendah Rs 20,999(~RM 1,231) bagi model 6GB RAM+64GB ROM.
Sumber : DirectD , Mobile 2 Go
Berkaitan
- Electronic Arts(EA) Tidak Mengadakan Persidangan Di Acara E3 2019
- Dapatkan Potongan Harga Sehingga RM600 Sempena Jualan 12.12 Di HiHonor
- Google Akan Datang Bersama Wi-Fi Assistant Untuk Penguna Nexus
- Huawei Mate 20 Pro Habis Ditempah Dalam Masa Cuma Beberapa Jam
- Xiaomi Mi Note 3 Turut Diperkenalkan- Umpama Mi 6 Tapi Skrin Lebih Besar
- Telefon Dengan Skrin Boleh Lipat Huawei Mungkin Muncul Pada MWC 2019
- Apple Akan Membawakan Mesin Servis Skrin Retak iPhone ke 25 Negara
- Google Akan Mengharamkan Terus Pautan Torrent Di Enjin Carian
- Samsung Galaxy Note 10 Dijangka Hadir Dengan 2 Saiz, 4 Variasi Berbeza
- #MWC2019- Peranti Dengan Kebolehan 10X ZOOM Dan Sambungan 5G Dari OPPO