Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pelancaran poco c3

POCO C3 Akan Dilancarkan Pada 6 Oktober Depan

Diterbitkan Oktober 1, 2020 ยท Dikemas kini Oktober 2, 2020 oleh Amalina Athman

POCO kini mengesahkan telefon gaming yang dikenali sebagai POCO C3 akan dilancarkan di India. Melalui Twitter, POCO India menyatakan peranti itu akan diperkenalkan pada 6 Oktober depan.

poco c3

Menerusi laman Flipkart, kemungkinan POCO C3 akan dilengkapi tetapan tiga kamera belakang serta paparan berlubang yang memuatkan kamera swafoto.

Terdahulu, POCO X3 NFC yang dilancarkan di Malaysia dikenali sebagai POCO X3 di India. Ia hadir dengan kapasiti bateri 6000mAh berbanding versi NFC yang hanya didatangkan dengan 5160mAh.

Oleh itu, terdapat dua kemungkinan jika POCO C3 adalah telefon yang dijenamakan semula atau telefon dengan model baharu.

๐Ÿ‘€3๏ธโƒฃ, the next #GameChang3r from POCO is arriving on 6th October @ 12PM on @Flipkart.
Know more: https://t.co/FgindDwGMo

3๐Ÿ‘๏ธ๐Ÿ‘๏ธ๐Ÿ‘๏ธ RTs & we'll giveaway 1 #POCOC3 to a lucky winner. pic.twitter.com/Coec2qqd3o

— POCO India (@IndiaPOCO) October 1, 2020

Dijangka lebih banyak maklumat akan didedahkan menjelang pelancaran rasmi POCO C3 di India pada 6 Oktober 2020.

Sumber: POCO India

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY