Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Key Visual

PMPL Musim Kedua Akan Bermula 9 Ogos Ini

Diterbitkan Ogos 6, 2020 oleh Helmi Samsuri

Kejohanan PUBG Mobile Pro League (PMPL) MY/SG 2020 kini bakal memasuki musim kedua yang akan dimulakan pada 9 Ogos  ini sehingga 27 September 2020.

Seperti musim yang sebelumnya, kejohanan ini menyasarkan pencarian pemain-pemain terbaik dari Malaysia dan Singapura. Sebanyak $150,000 hadiah terkumpul akan menjadi rebutan untuk edisi musim kedua ini.

Sejumlah 24 pasukan bakal bertanding dalam PMPL MY/SG musim kedua terdiri daripada 4 pasukan terbaik Pusingan Kelayakan Singapura PMPL MY?SG musim kedua, 15 pasukan jemputan daripada PMPL MY/SG musim pertama dan 5 pasukan yang layak daripada PMNC 2020.

Antara nama-nama besar yang akan turut serta bertanding atas tiket jemputan adalah Yoodo GANK dan Team Secret. J8 Esports (sebelum ini dikenali sebagai BTR AROV) yang berjaya ke perlawanan Akhir PMPL
SEA musim pertama akan turut membuat kemunculan semula dalam liga serantau ini.

Menerusi kejohanan ini, sebanyak tiga pasukan terbaik akan mara untuk bertanding dalam perlawanan Akhir PMPL SEA musim kedua. Lanjutannya, pemenang akan berpeluang mewakili rantau Asia Tenggara ke kejohanan di peringkat dunia dalam World League.

Untuk maklumat lanjut mengenai PMPL MY/SG 2020 boleh layari pautan berikut.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY