Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PM: Akaun Telegram Peribadi Digodam, Abai Jika Terima Mesej

PM: Akaun Telegram Peribadi Digodam, Abai Jika Terima Mesej

Diterbitkan Ogos 8, 2022 oleh Amalina Athman

Akaun Telegram peribadi milik Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab. Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh Perdana Menteri menerusi ciapan di laman Twitter miliknya.

Berkaitan

  • Penggodam Mendakwa Menjual Data Peribadi 22.5 Juta Rakyat Malaysia
  • Lebih 35 Laman Sesawang Boleh Dipra Godam Sebelum Akaun Pengguna Dicipta
  • 10 Ikon Aplikasi Ini Paling Banyak Dimanipulasi Penggodam Untuk Perisian Hasad

Berikutan itu, pengguna Telegram diminta untuk mengabaikan mesej yang diterima daripada akaun tersebut. Sebagai tambahan, beliau turut meminta supaya laporan dibuat kepada pihak berkuasa jika menerima mesej daripada akaun peribadi miliknya.

Perhatian: Akaun Telegram peribadi saya telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab. Mohon laporkan kepada pihak berkuasa dan abaikan sebarang mesej yang diterima daripada akaun berkenaan.

— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) August 8, 2022

Bagaimanapun, tidak dinyatakan dengan lebih lanjut kandungan mesej yang dihantar oleh penggodam mahupun sejak bila akaun Telegram tersebut telah digodam.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY