Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PlayStore dan AppStore Rusia Padam Aplikasi LinkedIn

PlayStore dan AppStore Rusia Padam Aplikasi LinkedIn

Diterbitkan Januari 8, 2017 · Dikemas kini Januari 8, 2017 oleh Helmi Samsuri

Semalam, Google dan Apple diberitakan memadam aplikasi LinkedIn dari laman muat turun PlayStore dan AppStore di Rusia. Hal ini disebabkan oleh undang-undang negara itu yang menuntut kedua-dua syarikat berkenaan memindahkan pusat data mereka ke sana.

Memetik laporan dari The Verge, aplikasi berkenaan telah melanggar undang-undang dimana data yang dikumpul dari rakyat Rusia disimpan diluar dari negara itu. Perkara itu dilihat terlalu agresif dan kebanyakkan syarikat enggan mematuhi undang-undang berkenaan. Akses web untuk LinkedIn telah disekat pada November 2016 menerusi kerjasama dengan pihak telekomunikasi negara itu, tetapi masih boleh diakses oleh pengguna dengan menggunakan VPN.

Perkara yang hampir sama turut berlaku tidak lama dahulu dimana Apple memadam aplikasi New York Times di AppStore untuk China kerana melanggar undang-undang negara tersebut.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY