Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pixel 4 XL Mungkin Hadir Dengan Skrin Tanpa Takuk

Posted on Julai 9, 2019

Kebanyakkan daripada kita mungkin sudah boleh menggambarkan peranti generasi akan datang keluaran Google melalui perkongsian imej yang dibuat bulan lalu. Namun begitu, Google hanya mengacah panel belakang sahaja dan membiarkan peminat berteka-teki dengan panel hadapan Pixel 4.

Terbaru, akaun Twitter @OnLeaks tampil berkongsikan imej yang dikatakan sebagai Pixel 4  XL dengan skrin tanpa takuk tetapi diiringi bersama bezel sedikit tebal. “Dahi” pada skrin kelihatan menghimpunkan beberapa ciri seperti earpiece, dwi lensa kamera rakaman hadapan serta sensor.

Well, since there seems to be some interest, 1 month after delivering your very first glimpse at the #Pixel4, here comes your very first full look at the #Pixel4XL! 360° video + gorgeous 5K renders + dimensions, on behalf of my Friends @Pricebaba again -> https://t.co/mCQCOp5Pp1 pic.twitter.com/MeAIID0FDz

— Steve H.McFly (@OnLeaks) July 8, 2019


Sensor cap jari fizikal juga tidak kelihatan pada, membayangkan Pixel terbaru ini mungkin menggunapakai sensor imbasan pada paparan skrin. Atau mungkin juga ciri imbasan wajah yang lebih baik.

Imej | Pricebaba
Imej | Pricebaba

Spekulasi turut menyatakan Pixel 4 XL ini hadir dengan saiz berukuran 160.4 x 75.2 x 8.2mm dengan ketebalan dinaikkan kepada 9.3mm bagi mengurangkan bump pada kamera. Anda salah seorang peminat pengguna Pixel atau peminat siri ini? Bagaiamana dengan perkhabaran rupa paras model akan datang ini?

Sumber: @OnLeaks dan Pricebaba

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress