Berdasarkan satu video promosi yang mula tersebar, peranti keluaran akan datang iaitu Google Pixel 4 akan diberikan peningkatan pada rakaman waktu kurang cahaya termasuklah keupayaan merakam bintang dilangit luas pada waktu malam melalui mod Astrofotografi.
Mod Night Sight yang tersedia pada Pixel ketika ini merakam foto dengan shutter speed antara 2 hingga ke 6 saat. Namun begitu, sekiranya Google mampu meningkatkan lagi shutter speed berkenaan, pemgguna mampu mendapatkan imej yang lebih baik lagi tanpa memerlukan tripod.
Selain daripada itu, video turut menampilkan isyarat sentuhan Motion Sense, berfungsi untuk melangkau lagu yang dimainkan atau membuka aplikasi berbeza. Difahamkan ciri ini tidak ditawarkan secara global.
Satu lagi ciri yang dipertontonkan adalah arahan suara pada Google Photos yang mana ia akan membuat carian foto lebih spesifik serta menghantarnya kepada penerima melalui Messages. Kesemua proses ini dilakukan hanya menggunakan arahan suara yang ringkas.
https://www.youtube.com/watch?time_continue=45&v=_Fz7b3I0Dso
Tarikh pelancaran Pixel 4 masih belum diumumkan lagi tetapi ia dijangka membuat kemunculan pada bulan Oktober hadapan.
Berkaitan
- Butiran Mengenai Skrin Dan Cip Pixel 4 XL Mula Didedahkan
- Spesifikasi Snapdragon 670, 640, Dan 460 Tertiris
- 3 Model Google Pixel Akan Dikuasakan Dengan Snapdragon 835, Dilancar Tahun Ini
- Google Buang Lebih Dari 700 Ribu Aplikasi Dari PlayStore Sepanjang 2017
- Malaysia Berada Dalam Kelompok Negara Yang Mempunyai Sambungan 4G Perlahan
- Lebih Dari 1.7 Juta Dekoder MyTV Telah Diagihkan Kepada Golongan B40 Yang Layak
- Tetapkan Dekoder myFreeview Atau IDTV Anda Dalam Standby Mode Pada 4 Dan 6 Februari Ini
- Anda Guna Peranti Samsung? Boleh Dapatkan YouTube Premium Percuma Sehingga 4 Bulan
- Samsung Dilapor Batalkan Pengeluaran Galaxy M41
- Pra-tempah OnePlus 5T Sudah Bermula, Harga Dari RM2449