Pelbagai teknologi boleh dimanfaatkan dengan adanya rangkaian generasi kelima tersebut dan salah satu contoh terbaru adalah tayar pintar yang dibangunkan oleh Pirelli.

Syarikat pembuat tayar berpengkalan di Italy itu telah mendedahkan rancangan mereka untuk mereka bentuk tayar yang mampu mengenal pasti keadaan dan tahap cengkaman pada laluan.
Dipanggil sebagai Cyber Tire, ia akan dilengkapkan dengan sensor yang mampu mengesan sama ada laluan itu basah atau sebagainya. Informasi daripada tayar tersebut akan disalurkan kepada sistem kereta yang selanjutnya membantu kenderaan dalam menyesuaikan pemanduan mengikut keadaan jalan.
Tidak terhad disitu, bagi mendapat manfaat yang lebih lagi daripada teknologi 5G, Pirelli merancang untuk menghantar informasi tersebut ke pusat rangkaian dan seterusnya disampaikan kepada kenderaan berhampiran. Ini bertujuan memberitahu kenderaan lain tentang keadaan jalan yang bakal dilalui.
Selain ciri mengenali keadaan laluan, Cyber Tire juga akan diberi keupayaan memantau log perjalanan, beban yang disokong serta tekanan tayar secara masa sebenar.
Sumber: Pirelli
Berkaitan
- Xiaomi Takkan Jual Telefon Pintar Dengan Harga Yang Mahal
- Pyongyang 2425, Telefon Pintar Untuk Pasaran Korea Utara
- Yoodo Sudah Mula Tawar Perkhidmatan eSIM, Sedia Digunakan Pada Tiga Model Telefon Pintar Ini
- Corning Umum Gorilla Glass DX/DX+, Pelindung Lensa Kamera Telefon Pintar
- Pasaran Jam Tangan Pintar Global Meningkat, Apple Kekal Di Kedudukan Teratas
- Kamera Telefon Pintar Selepas Ini Boleh Capai 200MP
- Project Linda- Ubah Telefon Pintar Razer Menjadi Sebuah Komputer Riba
- DJI Perkenalkan Gimbal Untuk Telefon Pintar Dan Kamera DSLR
- vivo Kini Jenama Telefon Pintar Kedua Terbesar Di Malaysia Untuk Suku Pertama 2020
- Radiasi Telefon Pintar, Bahaya Atau Tidak?