Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Piawaian NFC Yang Terbaharu Membolehkan Ia Mengecas Produk Lain Tanpa Wayar

Piawaian NFC Yang Terbaharu Membolehkan Ia Mengecas Produk Lain Tanpa Wayar

Diterbitkan Mei 7, 2020 oleh Meor Hasyim

Teknologi NFC digunakan secara meluas terutamanya untuk pembayaran mudah alih seperti Samsung Pay atau Apple Pay. Kini NFC Forum, organisasi di sebalik teknologi NFC baru sahaja mengumumkan piawaian dan spesifikasi NFC yang terkini.

Dengan piawaian NFC yang terbaharu, ia kini boleh mengecas produk lain tanpa wayar. Namun, ia bukannya pengecasan tanpa wayar berkelajuan tinggi kerana kuasa cas hanya setakat 1W sahaja.

Fungsi mengecas tersebut adalah datangnya dari antenna Wireless Lan Controller (WLC) yang diletakkan pada NFC tersebut. Tujuan NFC Forum meletakkan fungsi ini adalah untuk mengurangkan kadar kebergantungan peranti kepada wayar dan secara tidak langsung meringkaskan penggunaan peranti pintar.

Walaupun 1W itu tidak berkuasa mana, ia masih mencukupi untuk mengecas produk ‘kecil’ seperti fon telinga ataupun juga jam pintar. Untuk implementasi NFC jenis ini ke dalam peranti pintar, kemungkinan ia mengambil sedikit masa untuk pengeluar menghasilkannya kerana ia merupakan teknologi yang masih baharu.

Sumber: NFC Forum

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
©2026 WISER.MY