Beliau juga telah berjaya muncul sebagai YouTuber pertama yang melepasi paras 80 juta pengikut, meninggalkan pesaing terdekatnya, T-Series yang sehingga artikel ini ditulis masih belum mencecah angka berkenaan.
Sekiranya semua pengikut PewDiePie dikumpulkan dan dibentuk sebuah negara baharu, negara tersebut akan menjadi negara ke-20 paling ramai penduduk di dunia. Ia juga adalah lebih dua kali ganda dari populasi Malaysia.
Bagaimanapun, dari segi pendapatan, PewDiePie hanya muncul sebagai YouTuber yang menerima pendapatan ke-9 tertinggi pada tahun 2018 dengan $15.5 juta(~RM63.84 juta).
Beliau jauh ketinggalan dengan YouTuber cilik, Ryan ToysReview yang berjaya memperolehi sekitar $22 juta(~RM90.62 juta) sepanjang tahun lepas.
Berikut adalah siaran secara langsung bagi jumlah pengikut untuk siaran PewDiePie dan T-Series ketika ini:
https://youtu.be/C7SIlD5UFxU
Sumber: Independent Forbes
Berkaitan
- Ciri Facebook Watch Diumumkan Hari Ini- Pesaing Kepada YouTube
- Facebook, Twitter dan Youtube Dilaporkan Akan Dapat Diakses Semula Di Hainan, China Tidak Lama Lagi
- Fungsi Isyarat Tangan Untuk Melangkau Video Pada Aplikasi Android Youtube Sedang Diuji
- YouTube Manambah Ciri Baru Di Ruang Komen
- Youtube Premium & Youtube Music Sudah Boleh Dilanggan #BuletinGajet
- Teknologi AR Pada YouTube Bolehkan Pengguna Cuba Produk Secara Maya
- Google Memperkenalkan Aplikasi Yang Membolehkan Pengguna Menonton Video YouTube Serentak Bersama Rakan
- Nintendo Switch Dilapor Bakal Terima Aplikasi YouTube Tidak Lama Lagi
- Youtube Red kini boleh dilanggan oleh rakyat Mexico
- YouTube TV Diperkenalkan Secara Rasmi Dengan Langganan Bulanan Sekitar RM 160