Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Peta Vikendi Bakal Ditambah Dalam PUBG Mobile, Kemaskini Mula Ditawarkan 18 Disember

Peta Vikendi Bakal Ditambah Dalam PUBG Mobile, Kemaskini Mula Ditawarkan 18 Disember

Diterbitkan Disember 17, 2018 ยท Dikemas kini Disember 19, 2018 oleh Helmi Samsuri

Minggu lalu kita telah menerima perkhabaran mengenai kemaskini baru untuk PUBG Mobile. Terkini, pengumuman telah dibuat menerusi aplikasi dimana, satu kemaskini baru sedia dilepaskan pada Google PlayStore dan App Store bermula 18 Disember ini.

Pemain juga disarankan untuk memuat turun sebelum 25 Disember 2018 dan bakal menerima ganjaran berupa satu Outfit Box III (7d) dan 1,888 bp.

Peta Vikendi Bakal Ditambah Dalam PUBG Mobile, Kemaskini Mula Ditawarkan 18 Disember

Kemaskini menjanjikan peta Vikendi yang berlatarbelakangkan suasana salji dan pengumumannya bakal dibuat kemudian. Buat masa sekarang, hanya tema salji dihidang pada paparan utama. Selain itu, ia turut ditambah dengan sokongan Bahasa Arab, kebolehan membuat laporan terhadap perilaku yang mencurigakan melalui mod spectate setelah mati dan beberapa lagi.

Dimaklumkan juga kerja-kerja baik pulih PUBG Mobile akan dijalankan dari 8 pagi sehingga 5 petang ini.

Peta Vikendi Bakal Ditambah Dalam PUBG Mobile, Kemaskini Mula Ditawarkan 18 Disember

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY