Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
instagram music_copy

Instagram Music Kini Tersedia Untuk Pengguna Di Malaysia, Ini Cara Tambah Lagu Pada IG Stories

Diterbitkan Mac 23, 2021 oleh Amalina Athman

Pada 2018, Instagram telah memperkenalkan ciri baharu iaitu sokongan muzik dalam Instagram Stories. Bagaimanapun, ketika itu ciri berkenaan hanya terhad kepada beberapa negara.

Terbaru, setelah lebih dua tahun diperkenalkan, pengguna di Malaysia kini sudah boleh menambah muzik pada Instagram Stories dan berikut kami sediakan beberapa langkah untuk menambah lagu atau muzik di Instagram Stories.

Tambah lagu di Instagram Stories

Terlebih dahulu, pastikan aplikasi Instagram untuk iOS dan Android telah dikemaskini dengan versi yang terkini.

1. Pilih mana-mana gambar, kandungan video yang sudah tersedia atau rakam Stories.

2. Setelah itu, tekan pada ikon “Sticker”.

Instagram Music Kini Tersedia Untuk Pengguna Di Malaysia, Ini Cara Tambah Lagu Pada IG Stories

3. Kemudian, tekan pada pelekat “Music” dan pilih atau cari muzik kesukaan anda.

Instagram Music Malaysia

4. Setelah memilih muzik yang bersesuaian, anda juga boleh memilih untuk memainkan muzik pada bahagian tertentu. Selain itu, terdapat juga pilihan untuk menyertakan animasi lirik yang pelbagai atau hanya pelekat biasa, warna teks, tukar lagu dan sebagainya.

Instagram Music Malaysia

Kemudian, tekan “Done” dan muat naik ke Instagram Stories seperti biasa.

Selesai.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY