Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pernah Menghentam Apple, Kini Samsung Turut Membuang Bicu Audio 3.5mm Pada Galaxy Note 10

Pernah Menghentam Apple, Kini Samsung Turut Membuang Bicu Audio 3.5mm Pada Galaxy Note 10

Diterbitkan Ogos 8, 2019 · Dikemas kini Ogos 8, 2019 oleh ariff bukhari

Ini alasan Samsung…

Samsung awal hari ini telah pun perkenalkan kepada dunia 2 model terbaru peranti pintar mereka iaitu Samsung Galaxy Note 10 dan Galaxy Note 10+.

Samsung telah melakukan beberapa penambahbaikan dan perkenalkan beberapa ciri terbaru untuk model Galaxy Note 10  ini seperti aksesori S-Pen yang menyokong ciri Air Action serta kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 4300mAh dengan pengecasan pantas.

Selain itu, ciri terbaru yang ada pada peranti pintar ini adalah… tiada lagi bicu audio 3.5mm. Ciri yang sudah ‘digunakan’  Apple sejak 2016 lalu pada iPhone 7 sehinggalah model terkini.

Sebelum ini Samsung pernah menyindir Apple apabila pengeluar iPhone itu tidak lagi melengkapi sambungan audio 3.5mm pada telefon pintar mereka.

Menurut pihak Samsung yang memaklumkan kepada The Verge apabila ditanya tentang perkara ini, mereka menyatakan bahawa ketiadaan sambungan audio 3.5mm pada Galaxy Note 10 adalah kerana bagi memberi ruang yang lebih besar untuk bateri peranti tersebut. Sekaligus meningkatkan kapasiti bateri sekitar 2 hingga 3 peratus.

Selain itu adalah bagi menambah baik tindak balas daya sentuh skrin kerana tiada lagi ruang kosong di dalam peranti tersebut.

Alasan yang diberikan Samsung ini kedengaran agak lemah kerana boleh pula mereka menyediakan ruang untuk menyimpan aksesori stylus S-Pen pada peranti tersebut.

Kepada pengguna pula, anda terpaksa menerima dan membiasakan diri dengan penggunaan fon telinga tanpa wayar.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
©2026 WISER.MY