Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
eMADANI kredit

Permohonan eMADANI Ditolak? Boleh Buat Rayuan, Ini Caranya

Diterbitkan Disember 8, 2023 oleh Amal Addin

Mereka yang tidak berjaya menebus bantuan kredit eMADANI RM100 masih berpeluang untuk membuat rayuan menerusi beberapa platform penyedia e-dompet yang terlibat.

Lima sebab rayuan ditolak (boleh merayu):

  1. Kerakyatan tidak diiktiraf
  2. Nama dan nombor kad pengenalan tidak sepadan
  3. Nombor kad pengenalan tidak sah
  4. Rekod tidak dijumpai di Jabatan Pendaftaran Negara
  5. Penuntut tidak berumur 21 tahun pada 1 Januari 2023

Lima sebab rayuan ditolak (tidak boleh merayu):

  1. Telah menuntut kredit eMADANI pada platform e-dompet lain
  2. Pernah menerima eBeliaRahmah
  3. Tempoh tuntutan telah tamat
  4. Dana telah melebihi jumlah tuntutan
  5. Dana tidak lagi boleh dituntut melalui platform e-dompet.

Ikuti langkah di bawah.

Setel

Laman sesawang e-dompet Setel mencadangkan agar pengguna mencuba untuk menebus kembali selepas 5 minit jika tuntutan anda ditolak atau gagal disebabkan sistem ralat.

Namun, jika pengguna mempunyai bukti bahawa terdapat maklumat bertentangan, anda boleh mengemukakan rayuan dengan melampirkan sekali dokumen sokongan melalui aplikasi Setel.

Jika anda perlukan sebarang bantuan, anda boleh layari laman sesawang Setel Help.

Shopee

Untuk Shopee pula, jika tuntutan anda ditolak, pemohon boleh pergi ke laman sesawang Khidmat Pelanggan Shopee untuk mendapatkan bantuan lanjut. Jika anda memenuhi syarat untuk membuat rayuan, anda boleh mengisi borang yang disediakan pada laman Khidmat Pelanggan Shopee.

Screenshot 2023-12-08 102419

Cara-cara mengisi borang:

  1. Pilih ‘eMADANI tidak dapat dituntut’
  2. Masukkan nama pengguna
  3. Masukkan alamat e-mail
  4. Nyatakan lebih lanjut tentang pertanyaan dan masalah anda
  5. Masukkan tangkap layar sebagai imej sokongan (pastikan tidak lebih 4.5MB)

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang terma dan syarat berkaitan eMADANI, anda boleh layari laman sesawang Shopee MY Help Centre.

Touch N Go eWallet

Anda perlu pergi ke laman sesawang Support TNG Digital untuk membuat rayuan permohonan. Pastikan anda memenuhi syarat-syarat seperti yang telah dinyatakan di atas.

Screenshot 2023-12-08 112413

Cara-cara mengisi borang:

  1. Masukkan email yang didaftar dengan akaun
  2. Masukkan nombor telefon
  3. Masukkan nama penuh seperti dalam kad pengenalan atau Passport
  4. Pilih jenis bantuan ‘eMADANI’
  5. Isi maklumat terperinci berkaitan permintaan anda
  6. Lampirkan tangkap layar sebagai maklumat tambahan mengapa permohonan eMADANI ditolak

Jika terdapat sebarang kemusykilan, anda boleh layari laman sesawang Touch N Go eWallet.

MAE

Anda boleh hubungi khidmat pelanggan kumpulan Maybank (1300–88–6688) atau melalui email [email protected] untuk sebarang pertikaian berkaitan eMADANI, MAE, atau fungsi Scan & Pay.

Untuk sebarang kemusykilan, boleh layari laman sesawang FAQ Maybank, eMADANI dan T&C Maybank2u.

Pastikan juga anda memenuhi syarat-syarat yang tertera di atas.

Berkaitan

  • Ini Perbandingan e-Dompet Yang Lebih Berbaloi Tebus Kredit RM100 eMADANI
  • Ini Sebabnya Kredit eMADANI Hanya Boleh Guna Untuk Pembelian Luar Talian
  • Lebih 7 Juta Permohonan Kredit RM100 eMADANI Sudah Diterima - Kementerian Kewangan
  • Ketahui Ini Sebelum Guna Kredit RM100 eMADANI Di Aplikasi MAE
  • Pengguna MAE Kini Boleh Guna RM100 eMADANI Seperti Platform Lain

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY