Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Permohonan Baharu Sumbangan Tunai Rahmah Dibuka Mulai Hari Ini

Permohonan Baharu Sumbangan Tunai Rahmah Dibuka Mulai Hari Ini

Diterbitkan Mac 1, 2023 · Dikemas kini Mac 1, 2023 oleh Amalina Athman

Kementerian Kewangan Malaysia hari ini mengumumkan pendaftaran baharu dan kemas kini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah dibuka bermula hari ini, 1 Mac sehingga 31 Mac 2023.

Sementara itu, data penerima STR Fasa 1 akan dibawa secara automatik ke dalam pangkalan data kerajaan di samping data daripada beberapa agensi kerajaan untuk disemak silang kelayakan STR mengikut syarat yang ditetapkan.

Berkaitan

  • Cara Semak Status Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1

Permohonan baharu STR boleh dilakukan melalui dalam talian atau secara manual. Untuk pendaftaran secara dalam talian, ianya boleh dibuat bermula 1 hingga 31 Mac 2023 melalui laman rasmi STR.

Bagi permohonan secara manual, pendaftaran boleh dilakukan mulai 8 hingga 31 Mac 2023, dengan hadir ke pejabat LHDNM, pejabat Satelit LHDNM, Pusat Khidmat Hasil (PKH) atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM dan mengisi serta mengemukakan borang permohonan STR.

Untuk maklumat lanjut mengenainya, layari laman rasmi STR.

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY