Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Permainan Worms Armageddon Dapat Kemaskini Terbaru Setelah 21 Tahun Dilancarkan

Permainan Worms Armageddon Dapat Kemaskini Terbaru Setelah 21 Tahun Dilancarkan

Diterbitkan Julai 20, 2020 · Dikemas kini Julai 20, 2020 oleh Meor Hasyim

Diperkenalkan pada tahun 1999, Worms Armageddon merupakan antara permainan ikonik popular sepanjang zaman.

Pembangun di sebalik permainan tersebut, Team17, kini telah melepaskan sebuah kemaskini yang agak besar sepanjang 21 tahun pengenalannya. Ia juga adalah bersempena dengan 25 tahun pengenalan francais Worms.

Versi 3.8 kemaskini baharu ini membawakan banyak kandungan baharu seperti animasi, fps, dan fizik yang lebih kemas. Antara lainnya adalah mode streamer yang memudahkan penstriman dilakukan serta sokongan pelbagai resolusi dalam mod Windows yang sebelum ini tidak boleh dilakukan.

Terdapat lebih banyak lagi perkara baharu yang dimuatkan, untuk itu anda boleh melihat senarai penuhnya dalam laman rasmi Worms Armageddon. Permainan ini boleh dimuat turun melalui Steam untuk PC.

Kemaskini ini hanya boleh dimainkan secara beta sahaja buat masa ini. Ia hadir untuk platfotm PC (Steam), konsol, serta peranti pintar.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY