Permainan Video Fortnite Bakal Ke Peranti Android Tidak Lama Lagi

Berita baik buat penggemar permainan video mudah alih apabila syarikat pembangun permainan Fornite: Battle Royale, Epic Games mengumumkan bahawa permainan tersebut akhirnya akan boleh dimainkan pada peranti Android pada musim panas ini. Fornite sudah lama berada di pasaran iOS, Playstation dan Xbox namun baru kini permainan itu bakal hadir ke pasaran Android.

Seperti permainan pesaing mereka iaitu PUBG, permainan ini juga turut memiliki versi PC mereka dan jumlah pemain bagi permainan Fornite adalah sekitar 45 juta orang pemain di seluruh dunia. Akan tetapi, jumlah pemain bagi versi mudah alih untuk PUBG adalah melebihi jumlah pemain bagi Fortnite. Ini kerana permainan PUBG Mobile boleh dimainkan di iOS dan Android manakala Fortnite pula hanya boleh dimainkan di peranti iOS sebelum ini.

Kedua-dua permainan ini mempunyai gaya permainan yang hampir sama namun terdapat beberapa perbezaan yang ketara pada mereka. Antaranya ialah reka bentuk grafik pada Fortnite kelihatan lebih cartoon-ish berbanding PUBG Mobile yang lebih kepada reka bentuk realiti. Ini menyebabkan permainan Fortnite dikatakan lebih sesuai untuk dimainkan oleh kanak-kanak bawah umur kerana kelihatan kurang 'ganas'.

https://www.youtube.com/watch?v=iyYzfMOUvZU

Dengan Musim Keempat baru sahaja bermula bagi permainan Fortnite dan dijangka berakhir pada bulan September, pemerhati industri meramalkan bahawa permainan ini akan tersedia buat peranti Android pada permulaan Musim Kelima nanti. Jadi, pengguna Android terpaksa menunggu untuk beberapa bulan lagi untuk bermain Fortnite bersama rakan-rakan.

Sumber