Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Sedang Hasilkan Telefon Pintar Dengan Cip Grafik Tersendiri?

Lebih Banyak Peranti Android Akan Menyokong Permainan Fortnite Selepas Ini

Diterbitkan Disember 21, 2018 · Dikemas kini Disember 21, 2018 oleh Haikel Areff

Permainan video Fortnite mula menyokong peranti Android sejak dari pelancaran Samsung Galaxy Note 9 yang lalu. Namun selepas itu, permainan tersebut hanya menyokong model-model kelas atasan sahaja(Snapdragon 8-series dan Kirin 9-series).

Akan tetapi, pengguna peranti kelas pertengahan atau lebih tepat lagi peranti yang menggunakan cip Snapdragon 670 dan Snapdragon 710 akan dapat menikmati permainan Fortnite selepas ini.

Screenshot 2018-12-21 at 5.30.13 PM
Epic Games

Ini kerana, melalui kemaskini terbaru yang ditawarkan, Epic Games telah menambah sokongan permainan terhadap dua sistem cip tersebut.

Selain itu, Samsung Galaxy A9(2018) juga menjadi satu-satunya telefon dengan cip Snapdragon 660 baharu yang akan dapat memainkan permainan ini.

Antara peranti yang akan menikmati Fortnite ialah Samsung Galaxy A8S, Xiaomi Mi 8 SE, Nokia 8.1, Oppo R17 Pro, Oppo R17, Vivo Z3 dan banyak lagi.

 

Sumber: Epic Games

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
©2026 WISER.MY