Permainan Ini Akan Mencapai 100 Juta Pemain: Pembangun PUBG

Kejayaan demi kejayaan dicapai oleh permainan Playerunknown Battlegrounds. Dilancarkan di Early Access Steam pada bulan Mac lepas, permainan seakan-akan mengikut tema filem Hunger Games itu telah terjual sebanyak 10 juta unit. Mereka juga berkata jumlah pemain boleh mengjangkau sehingga 100 juta pemain sebulan, menyamai apa yang dicapai oleh Riot melalui permainan League of Legends.

Dijual dengan harga RM 126 seunit, dengan hasil jualan sebanyak 10 juta unit mendatangkan pulangan sebanyak RM 1.2 bilion. Setakat ini, pihak pembangun tidak bercadang menaikkan harga jualan selepas fasa Early Access. Satu lagi game Early Access yang popular, Ark: Survival Evolved telah menaikkan harga jualan dan telah menimbulkan kontroversi antara peminat mereka.

Sumber