Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2018-11-15 at 9.52.23 AM

Permainan Harry Potter Baru Bolehkan Anda Jadi Seperti “Ahli Sihir” Secara Fizikal

Diterbitkan November 15, 2018 · Dikemas kini November 15, 2018 oleh Haikel Areff

Masih ingatkah anda dengan permainan popular Pokemon GO yang menjadikan sebagai pelatih Pokemon secara fizikal dulu? Dalam permainan itu, anda perlu bergerak secara fizikal dan bukan secara maya untuk mendapatkan watak-watak Pokemon idaman anda.

Menyukai permainan tersebut? Jika ya, tahun hadapan anda mungkin akan menjadi seorang ahli sihir pula. Ini kerana satu permainan siri popular Harry Potter, Harry Potter: Wizards Unite ala Pokemon Go dijangka akan dilancarkan pada tahun 2019 nanti.

Dibangunkan oleh pembangun yang sama(Niantic), permainan ini sepatutnya diperkenalkan pada tahun ini. Namun, atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan, ia terpaksa ditangguh sehingga ke tahun hadapan.

Ia satu permainan yang agak menarik untuk dimainkan. Bagaimanapun, mengambil kira beberapa tragedi yang berkaitan dengan permainan Pokemon GO yang lalu, suka kami ingatkan anda supaya sentiasa berhati-hati semasa bermain permainan itu nanti.

 

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY