Zaman sekarang ini, konsep permainan yang ditawarkan secara percuma memang tidak asing lagi. Permainan percuma tetap menjadi kegemaran ramai sekiranya resipi yang diberikan kena dengan cita rasa pengguna.
Konami, berani menampilkan eFootball di mana permainan bola sepak terkenal PES telah dijenamakan semula menjadi sebuah permainan percuma. Namun, permulaannya tidak begitu baik dan menerima kritikan pedas oleh jutaan pengguna di seluruh dunia.
Oleh itu, UFL yang dibangukan Strikez Inc pertama kali diperlihatkan tahun lalu di acara Gamescom 2021 bakal hadir sebagai pencabar baharu buat dominasi Konami eFootball dan semestinya EA FIFA.
Mereka kini sudah mendedahkan bahawa bintang bola sepak Chelsea – Romelu Lukaku sebagai duta rasminya dan corak permainan ini pula akan diperlihatkan pada 27 Januari 2022.
January 27. UFL Gameplay Reveal. Mark the date! ?️ pic.twitter.com/5x73pugr3D
— UFL (@UFLgame) December 27, 2021
Walaupun tidak banyak maklumat berkaitannya tetapi dijangka UFL ini akan ditawarkan buat PC dan juga kebanyakan konsol masa kini.
Harapan bagi permainan ini sememangnya tinggi dan sekiranya menjadi, UFL dapat memberikan pengalaman permainan bola sepak yang setanding FIFA.
Buat makluman, bukan sahaja Konami yang sudah menjenamakan PES. EA juga sebelum ini merancang untuk menjenamakan semula permainan FIFA yang mungkin tahun ini tiada lagi FIFA 23.
Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang menarik tentang UFL ini.
Sumber: UFL
Baca juga: