Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Peminat Kecewa Dengan Konami, eFootball Terima Pelbagai Reaksi Negatif

Posted on Oktober 1, 2021Oktober 1, 2021

Julai lalu, Konami mengumumkan permainan bola sepak eFootball yang mana ia merupakan pengganti bagi siri Pro Evolution Soccer atau PES. Sedikit berbeza, permainan tersebut ditawarkan secara percuma berbanding pesaingnya FIFA.

Terbaru, permainan itu sudah pun dilancarkan tetapi peminat berasa amat marah dan tidak puas hati dengannya. Ini kerana setakat artikel ini ditulis, eFootball menerima penilaian (rating) paling teruk di platform Steam.

Dengan mengutip skor sebanyak 9%, ia adalah permainan nombor 1 terburuk dalam permainan di Steam. Boleh dikatakan eFootball merupakan “King” dalam “Hall of Shame” berdasarkan data yang dikongsikan Steam250.

Lebih memalukan apabila permainan yang tersenarai dalam 10 “terbaik” itu, kebanyakan game tersebut jarang sekali gamer dengar.

Apa yang Konami sudah buat terhadap permainan bola sepak yang dahulunya gah?

Antara lontaran kritikan yang diluahkan peminat adalah grafik yang teruk, gameplay umpama tidak siap, pepijat sana sini dan banyak lagi.

Mudah kata, Konami sememangnya gagal kali ini walaupun mengambil tempoh selama 2 tahun untuk membangunkannya.

Bagi anda yang ingin mencuba, eFootball sudah tersedia di platform PC, PS4, PS5, Xbox One dan Xbox Series X|S. Sementara permainan mudah alih bakal menyusul kemudian.

Apa-apa pun, apa komen anda mengenai eFootball ini?

Thanks for kill my fav game @play_eFootball #efootball2022 here is a Video with Ansu Fati running like naruto pic.twitter.com/JQ2KRr2RwC

— Ricardo (@BassRicky_) September 30, 2021

bruhhhh pic.twitter.com/3fuBCcgRDV

— nikigrayson.com on 🦋 (@godsewa) September 30, 2021

This really makes it hard not to love #FIFA22 😔..#eFootball2022 #efootball #pes2022
I love you FIFA22 . pic.twitter.com/I7lEIlC84T

— Epic Player (@EpicPlyer) September 30, 2021

Baca juga:

  • Tiada Lagi PES, Kini Jadi eFootball – Permainan Percuma Untuk Semua Platform
  • JDT Antara Pasukan Yang Akan Bertanding Dalam eFootball PES
  • Tak Perlu Lagi Koyak, FIFA 22 Boleh Tutup ‘Goal Celebration’ Pihak Lawan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress