Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

GTA: The Trilogy Rasmi 11 November, Ini Harga Dan Spesifikasi PC Yang Diperlukan

Posted on Oktober 23, 2021

Awal bulan ini, Rockstar Games mengumumkan permainan nostalgia Grand Theft Auto: The Trilogy – The Definitive Edition.

Terbaru, permainan tersebut akan tersedia secara digital buat platform PC, PlayStation 4 dan PlayStation 5 dengan tanda harga RM249 pada 11 November ini. Sementara versi fizikal pula 7 Disember. Manakala versi iOS dan Android akan ditawarkan pada separuh pertama tahun 2022.

GTA: The Trilogy merupakan sebuah permainan yang tidak asing lagi dalam kalangan peminat GTA kerana ia hadir dengan gabungan GTA III, GTA: Vice City dan semestinya GTA: San Andreas.

Melaluinya, tiga bandar ikonik dengan tiga jalan cerita boleh dimainkan dalam versi yang telah dipertingkatkan seperti tekstur beresolusi tinggi, pencahayaan baharu, persekitaran dinaik taraf, kawalan permainan mirip GTA V dan banyak lagi.

Bagi anda yang mahu memainkannya di PC, saiznya adalah sebesar 45GB. Oleh itu, ini adalah spesifikasi minimum yang diperlukan:

  • Windows 10 64-bit
  • Intel Core i7-2700K/AMD FX-6300
  • 8GB RAM
  • NVIDIA GeForce GTX 760 2GB/AMD Radeon R9 280 3GB

Manakala spesifikasi yang disarankan Rockstar Games adalah seperti berikut:

  • Windows 10 64-bit
  • Intel Core i5-6600K/AMD Ryzen 5 2600
  • 16GB RAM
  • NVIDIA GeForce GTX 970 4GB/ AMD Radeon RX 570 4GB

Jadi, mungkin anda boleh main permainan GTA nostalgia ini terlebih dahulu sementara menunggu GTA VI yang masih tidak nampak bayangnya lagi.

Sumber: Rockstar Games

Baca juga:

  • PUBG: New State Akan Rasmi Untuk iOS Dan Android November Ini

  • Mimpi Jadi Realiti, Sony Rasmi Bawa Permainan God of War Untuk PC

  • Ada Unsur Perjudian Berkaitan Unknown Cash (UC) PUBG? Ini Jawapan Mufti

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress