Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
EA Rancang Mahu Menjenamakan Semula Permainan FIFA

EA Rancang Mahu Menjenamakan Semula Permainan FIFA

Diterbitkan Oktober 8, 2021 oleh Amsyar Latif

Bersempena kehadiran permainan sukan bola sepak popular FIFA 22, EA kini mengulas lebih lanjut terhadap masa hadapan permainan tersebut.

Menerusi kenyataan yang dibuat, mereka berpendapat serta merancang untuk menjenamakan semula permainan itu. Bermakna, mungkin tidak akan ada lagi game FIFA 23 pada tahun hadapan.

Menurut EA lagi, mereka akan meneliti semula perjanjian hak penamaan bersama Fédération Internationale de Football Association (FIFA). Ia juga berkait rapat dengan hak pelesenan bola sepak di seluruh dunia.

FIFA 22

Pada masa yang sama, EA mengatakan setakat ini mereka sudah memiliki lebih 300 hak pelesenan termasuk lebih 17000 atlet dalam 700 pasukan dari lebih 30 liga seluruh dunia, termasuk 100 stadium.

“The breadth of our partnerships and our ecosystem of licensed content will enable us to continue to bring unrivaled authenticity in our EA SPORTS football games, now and for many years to come”

Tambahnya, mereka mahu memberikan pengalaman bermain jauh lebih baik untuk permainan bola sepak “FIFA” pada masa akan datang.

Biarpun begitu, tiada perincian lanjut bagaimana rupa “FIFA” itu nanti. Mungkin ia bukanlah seperti yang terjadi terhadap siri PES atau Winning Eleven seperti yang dilakukan Konami.

Oleh yang demikian, bagi peminat tegar permainan siri FIFA, sama-sama kita nanti pembaharuan yang bakal diberikan kelak.

Sumber: EA

Baca juga:

  • Tak Perlu Lagi Koyak, FIFA 22 Boleh Tutup ‘Goal Celebration’ Pihak Lawan

  • FIFA 22 PC Tak Akan Ada Ciri Macam Di PS5 Dan Xbox Series X/S

  • GTA Trilogy Mungkin Semakin Hampir Dilancarkan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY