Perkongsian Lokasi Google Maps Akan Paparkan Status Bateri

Perkongsian lokasi secara masa sebenar telah diperkenalkan pada Google Maps awal 2017 yang lalu.

Apabila dikongsikan, ia akan memudahkan anda mengesan lokasi semasa penghantar. Terbaru, fungsi terbabit telah dikemaskini dengan ciri paparan status bateri.



Paparan tersebut disertakan pada informasi perkongsian lokasi terbabit, memberitahu baki kuasa bateri si penghantar.

Ia menyenangkan anda kerana kita boleh berkira-kira mahu menghubungi kenalan menerusi panggilan atau mesej sahaja untuk menjimatkan penggunaan bateri mereka.

Selapas ini anda tidak perlu risau mengapa kenalan atau keluarga tidak mengangkat panggilan anda kerana mungkin mereka mahu menyimpan kuasa bateri telefon pintar mereka.

Sumber: The Verge