Memetik laporan daripada Bernama, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia dan Badan Bukan Kerajaan Kedah, Mohd Firdaus Ahmad menyatakan sebuah pelan tindakan "Kedah Digital" sedang dirangka dan kini berada dalam peringkat kajian.
Tambahan lagi, menerusi perancangan "Kedah Digital", kita mungkin melihat syarikat gergasi teknologi seperti Google dan Facebook bakal dipelawa untuk membuka cawangan di Taman Teknologi Tinggi Kulim (Kulim Hi-Tech Park).
Berdasarkan laporan Bernama ini juga, difahamkan sebelum ini Google pernah mempunyai minat untuk ke Kedah dan Mohd Firdaus menjelaskan, beliau akan meneliti kembali dimana terhentinya perbincangan tersebut dan menurut beliau lagi, perkara itu akan disambung balik dibawah portfolio beliau.
Selain itu, bagi capai rangkaian yang lebih meluas untuk kemudahan jalur lebar serta rangkaian telekomunikasi di kawasan pedalaman dan terpinggir, negeri itu sedang dalam proses pembinaan lebih kurang 40 menara telekomunikasi seperti yang dinyatakan oleh Mohd Firdaus menerusi Bernama. Setakat suku ketiga tahun lalu, Kedah sudah merekodkan penembusan jalur lebar sehingga 95.6%.
Sumber: Bernama
Berkaitan
- Kakitangan Google Semakin Hilang Keyakinan Dengan CEO Sundar Pichai
- Pelayar Internet Samsung Versi Beta Kini Boleh Dimuat Turun Dari Google PlayStore
- Google Beli Sebahagian Dari HTC Dengan Nilai $1.1 Bilion
- Facebook Tambah Tetapan Untuk Halang Grup 'Private' Ditukar Kepada 'Public'
- Google Assistant Boleh Bantu Selesaikan Masalah Telefon Pintar Anda
- Ruang News Feed Di Facebook Mengalami Masalah Untuk Diakses
- Facebook Bantu Anda Jika Terdapat Kanak-Kanak Hilang
- Pengguna Malaysia Sudah Boleh Mengakses Google Store
- Google Patenkan Laptop Yang Boleh Dibuka Secara Automatik
- Facebook Dan Instagram Larang Akaun Pengguna Bawah 13 Tahun