Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Google Buang 24 Aplikasi Kerana Mengandungi Perisian Hasad “Joker”

Posted on September 10, 2019September 10, 2019

Pengguna mungkin sudah sedia membaca laporan-laporan terdahulu berkenaan aplikasi yang terkandung bersama perisian hasad ditawarkan pada Google Play Store. Apa yang membimbangkan, aplikasi-aplikasi tersebut digunakan secara meluas bahkan ada yang sudah mencecah jutaan muat turun.

Kini, satu lagi perisian hasad dikenal pasti berada dalam 24 buah aplikasi yang disenaraikan didalam Google Play Store. Dikenali sebagai ‘Joker’, perisian ini dikatakan dibangunkan dengan fungsi membuat langganan  perkhidmatan premium tanpa pengetahuan pengguna.

Menurut penganalisis perisian hasad dari CSIS Security Group, Aleksejs Kuprins memberi contoh,  Jika di Denmark, Joker boleh membuat langganan kepada perkhidmatan bernilai 50DKK (~RM30) seminggu. Ia menggunakan kaedah mengautomasikan interaksi dengan laman web perkhidmatan premium, memasukkan kod tawaran, kemudiannya menunggu SMS kod pengesahan dan mengekstraknya . Seterusnya, kod yang diekstrak itu akan dihantar kepada laman perkhidmatan premium tersebut untuk membenarkan langganan dibuat.

Difahamkan Google telah membuang sejumlah 24 aplikasi yang terkandung dengan Joker dimana beberapa daripadanya dikatakan sudah dimuat turun lebih dari 100,000 kali dari Google Play Store. Aplikasi yang didakwa terlibat adalah seperti dibawah;

  1. Advocate Wallpaper
  2. Age Face
  3. Altar Message
  4. Antivirus Security – Security Scan
  5. Beach Camera
  6. Board picture editing
  7. Certain Wallpaper
  8. Climate SMS
  9. Collate Face Scanner
  10. Cute Camera
  11. Dazzle Wallpaper
  12. Declare Message
  13. Display Camera
  14. Great VPN
  15. Humour Camera
  16. Ignite Clean
  17. Leaf Face Scanner
  18. Mini Camera
  19. Print Plant scan
  20. Rapid Face Scanner
  21. Reward Clean
  22. Ruddy SMS
  23. Soby Camera
  24. Spark Wallpaper

Sekiranya anda ada memuat turun aplikasi ini pada peranti, dinasihatkan agar membuangnya segera.

Sumber: CSIS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress