Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Perkenal Platform Media Sosial Baru “Shoelace”

Google Perkenal Platform Media Sosial Baru “Shoelace”

Diterbitkan Julai 15, 2019 oleh Helmi Samsuri

Setelah menamatkan secara rasmi platform Google+ sekitar April yang lalu, syarikat teknologi itu nampaknya tidak berputus asa dengan memperkenalkan satu lagi media sosial dikenali sebagai Shoelace.

Sebelum ini, Google telah beberapa kali bersaing dalam platform media sosial menerusi Google Buzz, Google Friend Connect, dan Google+, namun kesemuanya menemui kesudahanya yang tidak diharapkan.

Google Perkenal Platform Media Sosial Baru “Shoelace”

Seperti namannya, Shoelace, diibaratkan sebagai “mengikat hubungan antara pengguna” dimana ia berasaskan acara serta aktiviti yang berlangsung di kawasan berhampiran mahupun sekitar bandar pengguna. Ia juga disebut sebagai platform untuk pengguna yang memiliki minat yang sama.

Buat masa sekarang, Google hanya menguji Shoelace dalam skala yang kecil iaitu terhad di bandaraya New York dan ia dijangka ditawarkan ke beberapa bandar yang lain.

Sumber: Shoelace

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY