Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perkhidmatan Unifi Dan Maxis Fibre Mengalami Gangguan Di Beberapa Kawasan

Perkhidmatan Unifi Dan Maxis Fibre Mengalami Gangguan Di Beberapa Kawasan

Diterbitkan November 18, 2018 · Dikemas kini November 19, 2018 oleh Helmi Samsuri

Perkhidmatan dari TM hari ini sekali lagi menjadi perbualan dimana sebilangan besar pengguna telah mengadu sambungan internet Unifi dan Streamyx mereka perlahan untuk mengakses web.

Berdasarkan tweet balas kepada pengguna, pihak TM menyatakan beberapa kawasan terjejas iaitu di Utara, Tengah dan Timur Malaysia.

Untuk makluman, ada isu slow connection di kawasan Utara, Tengah & Timur Malaysia termasuk di kawasan Perak dan kerja baik pulih masih dijalankan. Jika ada sebarang perkembangan, kami akan maklumkan kemudian. Maaf atas kesulitan.

— help me unifi (@helpmeunifi) November 18, 2018

Perkongsian terbaru dari Facebook Unifi pula menyatakan sesetengah pelanggan unifi di kawasan Sentul dan Sabak Bernam mungkin mengalami masalah akibat kabel terpotong oleh kontraktor pihak ketiga.

Kerja-kerja baik pulih sedang dijalankan dan mungkin dapat berjalan seperti sediakala pada pukul 6 pagi (19 November 2018).

Satu lagi rangkaian yang mengalami masalah adalah perkhidmatan Maxis Fibre. Maklum balas daripada pihak Maxis pula menjangkakan perkhidmatan mereka kembali normal pada jam 2 pagi ini (19 November 2018) jika proses baik pulih berjalan tanpa sebarang halangan.

Hi, unfortunately, yes it is. It’s estimate to resolve by 2am if thr is no hurdles. TQ-Sam

— Maxis (@MaxisListens) November 18, 2018

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY