Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perkhidmatan TV Digital Kembali Ke Udara Selepas Alami Gangguan Sejak 11 Oktober Lalu

Perkhidmatan TV Digital Kembali Ke Udara Selepas Alami Gangguan Sejak 11 Oktober Lalu

Diterbitkan November 30, 2018 · Dikemas kini Disember 1, 2018 oleh Haikel Areff

Perkhidmatan ujian TV Digital tempatan akan kembali seperti sediakala bermula pada hari ini selepas mengalami beberapa gangguan sejak 11 Oktober yang lalu.

Gangguan yang disebabkan isu komersial melibatkan MYTV Broadcasting Sdn Bhd(MYTV) dan Telekom Malaysia(TM) itu terjadi di beberapa negeri termasuk Kelantan, Pahang, Terengganu, Negeri Sembila, Perak, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Perkhidmatan TV Digital Kembali Ke Udara Selepas Alami Gangguan Sejak 11 Oktober Lalu
Kredit: SKMM

Masalah berkenaan dapat diselesaikan melalui usaha bersama pihak SKMM, Menteri Komunikasi dan Multimedia, MYTV dan TM. Menurut kenyataan media YB Menteri,  MYTV dan TM kedua-duanya telah bersetuju untuk menyelesaikan isu yang dialami selepas perbincangan selama beberapa minggu.

YB Gobind Singh Deo juga ternyata berpuas hati dengan keputusan berkenaan sekaligus membolehkan rakyat terus menikmati perkhidmatan terbaik yang disediakan kepada mereka.

 

Sumber: FB SKMM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY