Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TINJAUAN GAJET DIKALANGAN MURID SEKOLAH

Perkhidmatan Internet YTL Lemah, Kementerian Pendidikan Akan Buka Tender Baru Tahun Hadapan

Diterbitkan Ogos 13, 2018 ยท Dikemas kini Ogos 13, 2018 oleh Helmi Samsuri

Projek 1BestariNet telah dimulakan sejak 2011 dengan kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia bersama-sama YTL Communications Sdn Bhd sebagai penyedia internet.

Namun disebabkan servis yang lemah, KPM dilaporkan bercadang untuk membuka tender baru pada tahun hadapan. Perkara itu telah diumumkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan YB. Teo Nie Ching tempoh hari.

“Kementerian akan memilih cadangan terbaik dari penyedia rangkaian, yang memberikan harga terbaik dan kelajuan internet, dan kontrak akan diberikan secara tender terbuka”, ujar beliau lagi.

Melalui projek 1BestariNet, lebih 10,000 buah sekolah seluruh negara dilengkapi dengan sistem bersepadu Virtual Learning Environment ( Frog VLE), memudahkan pengajaran, pembelajaran, dan pengurusan pentadbiran sekolah dibuat dimana-mana tempat yang mempunyai capaian internet.

Guru-guru juga dibekalkan dengan peranti YES 4G disamping pelan internet mudah alih.

Sumber: Free Malaysia Today

Sumber Foto: New Straits Times

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY