Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perisian Microsoft Office 365 Boleh Dimuat Turun Dari Mac App Store

Perisian Microsoft Office 365 Boleh Dimuat Turun Dari Mac App Store

Diterbitkan Januari 28, 2019 · Dikemas kini Januari 28, 2019 oleh Helmi Samsuri

Pengguna Mac kini boleh mendapatkan perisian rasmi Word, Excel dan lain-lain produk Microsoft Office 365 menerusi Mac App Store.

Kolaborasi antara Apple dan Microsoft ini mula ditawarkan beberapa hari lalu dimana muat turunnya adalah percuma. Tempoh percubaan diberikan selama satu bulan sebelum caj langganan bulanan RM24.90 (1 Mac atau PC + iPad dan iPhone)  untuk versi Personal dan RM 33.90 (5 Mac + iPad dan iPhone) bagi versi Home. Pelanggan juga akan menikmati 1TB storan OneDrive.

Screenshot 2019-01-28 at 1.52.40 PM

Selain itu, aplikasi Office ini juga akan menyokong ciri-ciri natif MacOS seperti mod gelap, bar sesentuh MacBook Pro dan juga pad sesentuh Mac. Kemaskini juga boleh dibuat melalui App Store.

Bagi syarikat pula, Apple Business Manager ditawarkan untuk peranti yang digunakan kakitangan mereka seperti iPad, iPhone dan produk Apple yang lain.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY