Penyelidik menemui ransomware palsu “Donald Trump Screen of Death”
Penyelidik keselamatan dari Talos Cisco Group mendedahkan penyebaran ransomware palsu yang menggunakan nama dan wajah ahli politik terkenal dalam pembangunan perisian hasad oleh penggodam.
Salah satu daripadanya adalah ransomware yang dikenali sebagai “Donald Trump Screen of Death”. Ia merupakan perisian hasad yang kononnya akan mengunci paparan komputer mangsa (pengguna Windows) dan memaparkan pelbagai wajah presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada skrin komputer yang berjaya dijangkitinya.
Dalam laporan Talos Cisco yang bertajuk "How adversaries use politics for compromise" menjelaskan metodologi yang digunakan oleh penggodam.
"There are two things that stand out here. First is the fact the adversary didn't provide the user with a way to remove the locker malware and therefore has no avenue of monetization. The other is that if you clicked on the screen, the locker was removed, and the system appeared to operate normally."
Serangan palsu ini bertujuan bagi menipu mangsa kononnya komputer mereka telah dijangkiti ransomware, walhal sebenarnya tidak.
Mangsa yang tidak tahu akan mudah terpedaya dan membayar sejumlah wang yang diminta oleh penggodam kononnya bagi membolehkan komputer mereka diakses semula.
Berkaitan
- Canon U.S.A Mengesahkan Insiden Penggodaman Data Melibatkan Ransomware
- Penggodam Russia Didapati Sedang Aktif Menyerang Sistem Linux
- Penggodam Mendakwa Boleh Menggodam Sebarang Telefon Pintar Hanya Dalam Masa 20 Minit
- Pengguna Android, Berhati-hati Terhadap Ransomware Terbaru Yang Ditemui Microsoft
- Kemas Kini Perisian Punca Enjin Carian Google Tergendala Semalam
- Google Play Store Terus Dibanjiri Dengan Perisian Intip, Trojan Bank, Perisian Iklan Dan Aplikasi Meragukan
- Lebih 20 Aplikasi Dalam Play Store Berkaitan Minecrafts Sebenarnya Adalah Perisian Hasad
- Perisian Antivirus Percuma Kaspersky Kini Dikenali Sebagai Security Cloud Free
- Tahun Lalu Google Play Protect Menyekat Lebih Daripada 1.9 Bilion Perisian Hasad Yang Bukan Dari Sumber Google Play
- Penggodam Kriptowang Ini Dapat Tawaran Bekerja Dari Syarikat Yang Digodamnya