Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perisian Hasad Disebar Dengan Berselindung Di Bawah Pelbagai Tajuk Filem Hollywood Popular

Perisian Hasad Disebar Dengan Berselindung Di Bawah Pelbagai Tajuk Filem Hollywood Popular

Diterbitkan Februari 13, 2020 · Dikemas kini Februari 13, 2020 oleh ariff bukhari

Penjenayah siber menjadikan laman sesawang palsu dengan menawarkan filem cetak rompak sebagai platfom menyebarkan perisian hasad.

Penyelidik keselamatan sistem komputer dari Kaspersky telah melakukan analisis terhadap penyebaran ratusan perisian hasad menerusi tajuk filem-filem popular Hollywood.

Sebaran perisian hasad itu dibuat menerusi laman sesawang palsu yang menawarkan kandungan muat turun filem-filem cetak rompak yang popular.

Perisian Hasad Disebar Dengan Berselindung Di Bawah Pelbagai Tajuk Filem Hollywood Popular

Hasil analisis Kaspersky mendapati, Joker menjadi judul filem yang paling popular digunakan penjenayah siber bagi menyebarkan perisian hasad di mana sebanyak 304 nama fail meragukan dikesan dibawa oleh filem tersebut.

Ia diikuti oleh filem 1917 yang mengandungi 215 fail meragukan dan The Irishman sebanyak 179 fail.

Perisian Hasad Disebar Dengan Berselindung Di Bawah Pelbagai Tajuk Filem Hollywood Popular
Senarai filem-filem cetak rompak yang dikesan mengandungi perisian hasad menurut Kaspersky.

“Cybercriminals aren’t exactly tied to the dates of film premieres, as they are not
really distributing any content except for malicious data. However, as they always
prey on something when it becomes a hot trend, they depend on users’ demand and
actual file availability. To avoid being tricked by criminals, stick to legal streaming
platforms and subscriptions to ensure you can enjoy a nice evening in front of the TV
without having to worry about any threats,” Anton Ivanov, penganalisis perisian hasad Kaspersky.

Oleh itu, Kaspersky menasihati pengguna supaya tidak pantas klik pada pautan yang mencurigakan, semak nama (extension) fail yang dimuat turun sebelum membuka fail tersebut dan semak juga kesahihan sesebuah laman sesawang yang menawarkan servis muat turun filem.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY