Perisian Hasad 'Agent Smith' Telah Menjangkiti Lebih 25 Juta Peranti Android Di Seluruh Dunia

16 Aplikasi dari Google Play Store disahkan dijangkiti perisian hasad tersebut.

Penyelidik keselamatan dari Check Point Research melaporkan mereka telah menemui perisian hasad generasi baru yang menyerang peranti pintar.

Tidak perlu menunggu lama, perisian hasad yang dikenali sebagai 'Agent Smith' itu didapati telah pun menjangkiti lebih daripada 25 juta peranti Android di seluruh dunia.

Perisian hasad yang dipercayai berasal dari China itu disebarkan menerusi aplikasi pihak ketiga bernama 9Apps.

Kapsyen: 9Apps adalah aplikasi alternatif kepada Google Play Store yang popular dikalangan pengguna peranti Android di Asia.


Perisian hasad tersebut digelar sebagai 'Agent Smith' kerana ia mimik sepertimana karektor Agen Smith di dalam filem The Matrix. Perisian hasad ini akan menggodam aplikasi dan seterusnya memaksa aplikasi yang dijangkitinya untuk memaparkan lebih banyak iklan dan kemudian mengaut hasil iklan yang dipaparkan itu dengan mengambil kredit untuk iklan tersebut menerusi aplikasi yang telah dijangkitinya tadi.

Kapsyen: 10 Negara teratas yang dijangkiti perisian hasad Agen Smith. Kredit: Check Point Research


Menurut laporan penyelidik itu lagi, perisian hasad ini telah menjangkiti lebih banyak pengguna peranti Android di negara India, Pakistan dan Bangladesh.

Walaubagaimanapun, sebanyak 303,000 peranti Android di A.S dan sejumlah 137,000 lagi di U.K  telah didapati turut dijangkiti perisian hasad Agent Smith.

Kapsyen: Peranti-peranti yang terjejas dengan perisian hasad Agent Smith. Kredit: Check Point Research


Malah setakat ini, pihak Google telah membuang sebanyak 16 aplikasi di Google Play Store kerana didapati aplikasi-aplikasi tersebut telah dijangkiti dengan Agent Smith.

Berikut adalah 16 aplikasi yang dikesan telah dijangkiti perisian hasad Agent Smith:-

--Ludo Master - New Ludo Game 2019 For Free

--Sky Warriors: General Attack

--Color Phone Flash - Call Screen Theme

--Bio Blast - Infinity Battle Shoot virus

--Shooting Jet

--Photo Projector

--Gun Hero - Gunman Game for Free

--Cooking Witch

--Blockman Go: Free Realms & Mini Games

--Crazy Juicer - Hot Knife Hit Game & Juice Blast

--Clash of Virus

--Angry Virus

--Rabbit Temple

--Star Range

--Kiss Game: Touch Her Heart

--Girl Cloth Xray Scan Simulator

Selain dari 16 aplikasi yang disenaraikan di atas, aplikasi popular lain termasuklah WhatsApp, Opera, MX Video Player, Flipkart dan SwiftKey dipercayai turut dijangkiti Agent Smith dibeberapa buah negara.

Jadi, sekiranya anda ada menggunakan mana-mana aplikasi dari 16 yang disenaraikan tadi, anda dinasihatkan segera membuang aplikasi tersebut dari peranti pintar Android anda.

Anda juga dinasihatkan supaya membuat 'factory reset' bagi membuang sepenuhnya kesan perisian hasad Agent Smith dari peranti Android anda.

Sumber: India Today dan 9To5 Google

Berkaitan