Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perisian Antivirus Mula Mengklasifikasikan Aplikasi uTorrent dan BitTorrent Sebagai Ancaman Kepada Pengguna

Perisian Antivirus Mula Mengklasifikasikan Aplikasi uTorrent dan BitTorrent Sebagai Ancaman Kepada Pengguna

Diterbitkan Disember 9, 2019 oleh ariff bukhari

Lebih daripada 9 aplikasi antivirus mula menandakan 2 aplikasi Torrent itu sebagai tidak selamat. 

Berita tidak baik kepada pengguna tegar aplikasi Torrent. Ia berikutan perisian-perisian antivirus telah mula mengklasifikasikan 2 aplikasi popular Torrent iaitu uTorrent dan BitTorrent sebagai aplikasi yang boleh mengancam penggunanya.

Berdasarkan semakan di laman VirusTotal, sebanyak 10 perisian antivirus telah menandakan aplikasi uTorrent dan BitTorrent sebagai aplikasi tidak selamat, perisian hasad dan aplikasi yang tidak dimahukan pengguna.

uTorrent dan BitTorrent

Aplikasi uTorrent dan BitTorrent sangat popular dikalangan pengguna bagi memuat turun pelbagai kandungan cetak rompak termasuklah filem, buku dan aplikasi-aplikasi komputer.

Tindakan terhadap 2 aplikasi Torrent ini berikutan kewujudan terlalu banyak aplikasi-aplikasi sepertinya (aplikasi palsu) yang ditawarkan kepada penggguna.

Aplikasi-aplikasi palsu itu dikesan banyak mengandungi perisian iklan yang diragui dan merbahaya kepada pengguna sistem komputer.

Ini bermakna, pengguna yang masih menggunakan aplikasi Torrent adalah di bawah tanggungjawab mereka sendiri.

Pihak pembangun aplikasi keselamatan komputer dan sistem komputer tidak lagi melindungi aplikasi uTorrent dan BitTorrent di bawah perlindungan mereka.

Sumber: TechDator

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY