Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pergerakan Rentas Negeri Dijadualkan Dari 7 Mei Hingga 10 Mei 2020

Pergerakan Rentas Negeri Dijadualkan Dari 7 Mei Hingga 10 Mei 2020

Diterbitkan Mei 2, 2020 · Dikemas kini Mei 2, 2020 oleh ariff bukhari

Permohonan rentas negeri tamat semalam.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob hari ini memaklumkan bahawa pergerakan rentas negeri bagi para pekerja yang terkandas di kampung untuk pulang ke kediaman bagi kembali semula bekerja adalah dari 7 Mei (Khamis) Hingga 10 Mei (Ahad) ini.

Ia dimaklumkan beliau dalam sidang media harian PKP yang berlangsung hari ini. Walaubagaimanapun, penerangan lebih terperinci tentang perkara ini hanya akan dibuat oleh pihak Polis Diraja Malaysia nanti.

“Pihak PDRM akan membuat kenyataan media memberikan penjelasan yang lebih detail tentang bila… dan sebagainya. Cuma bila tu saya boleh bagi tahu iaitu bermula daripada hari Khamis depan 7 Mei dan dijangka berakhir pada 10 Mei 2020” Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Untuk makluman semua juga, permohonan bagi permit pergerakan rentas negeri untuk rakyat pulang dari kampung ke kediaman masing-masing (pulang untuk kembali bekerja) atau dari bandar untuk pulang ke kampung yang dibuat menerusi aplikasi Gerak Malaysia telah pun tamat semalam.

Beliau juga memaklumkan khusus kepada kakitangan kerajaan iaitu mereka tidak perlu tergesa-gesa balik pada hari ini ataupun esok, walaupun pejabat akan dibuka pada 4 Mei nanti.

Ini kerana, beliau memaklumkan bahawa Ketua Setiausaha Negara telah bersetuju untuk kakitangan kerajaan tidak perlu bekerja pada hari Isnin ini.

Sebaliknya pergerakan pulang kakitangan kerajaan kembali ke tempat kerja adalah mengikut ketetapan yang akan ditetapkan oleh pihak PDRM.

Pergerakan Rentas Negeri Dijadualkan Dari 7 Mei Hingga 10 Mei 2020
Sumber: Majlis Keselamatan Negara

Sementara itu bagi kakitangan swasta pula, pihak kerajaan meminta pihak majikan supaya tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pekerja yang belum mendapat kelulusan pergerakan pulang dari PDRM.

https://www.youtube.com/watch?v=IG_9TmGK2MA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY