Semakan terkini yang dibuat di laman Digital Nasional Berhad (DNB) menunjukkan, pembangunan infrastruktur 5G buat masa ini sedang bertumpu di sekitar kawasan Kuala Lumpur, Selangor, Johor Bahru dan Pulau Pinang.
Pengguna-pengguna yang berada dikawasan itu dapat memanfaatkan teknologi rangkaian termaju itu menerusi peranti-peranti pintar yang tersedia menyokong 5G di Malaysia.
Walaubagaimanapun, tidak semua jenama telefon pintar tersedia menyokong teknologi 5G Malaysia secara serta merta.
Jadi di sini disenaraikan model-model telefon pintar dari 12 jenama yang sudah menyokong rangkaian 5G Malaysia setakat ini sepertimana yang dinyatakan oleh DNB:-
- HONOR – HONOR 50, HONOR X9 5G, HONOR Magic4 Pro, HONOR X8 5G
- Huawei – Mate 30 Pro 5G, Mate 40 Pro, Mate XS, Nova 7, Nova 7SE, P40, P40 Pro, P40 Pro +
- Nokia – Nokia X20
- Oppo – A74 5G, Findx2, Findx2 Pro, Findx3 Pro, Reno5, Reno5 Pro, Reno6, Reno6 Pro, Reno6 Z, Reno7 Pro 5G, Reno7 5G, Reno7 Z 5G, FindX 5 Pro, A77 5G, Reno 8z 5G, Reno 8 5G, Reno 8 Pro 5G
- Realme – RM 7 5G, RM 8 5G, RM GT Master Edition, RM X50 Pro, RM X7 Pro, RM GT 2 Pro, RM 9 Pro+, RM 9 Pro, RM GT Neo 2
- Vivo – V20 Pro, V21 5G, V23 5G, V23e 5G, X50, X50 Pro, X70, X70 Pro, Y76 5G, X60, X80, X80 Pro, Vivo T1 5G, Vivo Y55+ 5G, Y77 5G
- Xiaomi – 10T, 11 Lite 5G NE, 11T, 11T Pro, Mi10, Mi10 Pro, Mi10T Pro, Mi11, Mi11Ultra, Poco F2 Pro, Poco F3, Poco M3 Pro 5G, Poco M4 Pro 5G, Redmi Note 10 5G, Xiaomi 12 Pro, Xiaomi 12, Mi Note 11 Pro+ 5G, Mi Note 11S 5G, Mi Note 11 Pro 5G, Poco F4 GT, Poco F4
- ZTE – Axon 30, Axon 30 Ultra, RedMagic 7
- Samsung – S21, S21 Ultra 5G, S21+ 5G, S22 Ultra 5G, S22+ 5G, S22 5G, A73 5G, A53 5G, A33 5G, Flip 3, Fold 3, Fold 2, M33 5G, Samsung Galaxy Z Fold 4, Samsung Galaxy Z Flip 4
- Blackshark – Bs 4 Pro 5G, Bs 5, Bs 5 Pro
- Asus – ROG 5s, ROG 5s Pro, ROG phone, ROG phone 6 Pro
- OnePlus – OnePlus 9 Pro, OnePlus 10 Pro, OnePlus Nord CE 5G, OnePlus Nord CE 2 5G, OnePlus Nord CE 2 Lite, OnePlus Nord 2T 5G
Berkaitan perkembangan terkini 5G Malaysia, menteri memaklumkan bahawa terdapat syarikat luar negara yang berminat untuk masuk ke pasaran 5G tempatan.
Namun begitu, keutamaan masih diberi kepada syarikat telekomunikasi tempatan yang telah banyak melabur untuk pembangunan 5G di Malaysia.
Sumber: Digital Nasional Berhad