Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
liputan 5g sekarang

Saat Akhir, U Mobile Dan Maxis Dilapor Tak Jadi Sertai DNB

Diterbitkan Ogos 31, 2022 · Dikemas kini September 4, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Maxis dan U Mobile tidak merancang untuk mengambil pegangan dalam Digital Nasional Berhad (DNB) untuk pelaksanaan 5G di Malaysia, menurut Reuters.

Bukan itu sahaja, keputusan ini turut merencatkan rancangan kerajaan untuk memperoleh tandatangan daripada penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang lain, beritahu sumber.

The Edge pula melaporkan bahawa salah satu syarikat itu mengambil keputusan saat akhir untuk tidak meneruskannya manakala satu lagi pula tidak memberi maklum balas.

Menurut Tengku Zafrul, hari ini, 31 Ogos 2022 ialah tarikh akhir untuk pihak penyedia perkhidmatan memeterai perjanjian setelah beberapa kali kerajaan melanjutkannya.

5g konsortium (2)

Sebelum ini, keinginan 4 syarikat telekomunikasi untuk memegang pegangan majoriti dalam DNB telah ditolak kerajaan.

Laporan terbaru ini juga nampaknya bertentangan dengan kenyataan Tan Sri Annuar Musa beberapa hari lalu yang yakin semua pihak akan mencapai kata sepakat dan menandatangani perjanjian hari ini.

Bukan itu sahaja, ia juga tidak selari dengan perkongsian mengatakan U Mobile akan menawarkan 5G dalam masa terdekat. U Mobile beberapa bulan lalu memaklumkan pada kami bahawa mereka masih tidak memeterai perjanjian dengan DNB seperti didakwa.

Berkaitan

  • 5G: Celcom, Maxis, Digi Dan U Mobile Mahu Bergerak Sebagai Konsortium Bagi Penawaran 5G Di Malaysia
  • DNB: Muktamad Tiada 'Kek' Lebih Besar Untuk 4 'Telco', Mungkin Jual Pada Syarikat Luar
  • Annuar Musa: 6 Syarikat Telekomunikasi Capai Persetujuan Dengan DNB, 70% Saham Akan Diagih
  • Unifi Mungkin Terawal Sediakan 5G Selepas Yes Mengikut Peta JENDELA
  • Tengku Zafrul Akui Ada Syarikat Luar Negara Mahu Sediakan 5G Di Malaysia, Tapi Syarikat Tempatan Jadi Prioriti
  • 12 Jenama Telefon Pintar Ini Sudah Menyokong Rangkaian 5G Di Malaysia
  • Yes: CEO Jawab Kenapa iPhone Belum Sokong Rangkaian 5G Mereka

Sumber berkata bahawa dua syarikat telekomunikasi Maxis dan U Mobile tidak mahu menyertai DNB kerana berpandangan memiliki pegangan minoriti tidak memberi mereka kelebihan.

Pun begitu, kedua-dua syarikat itu sedia berunding dengan kerajaan untuk mencapai persetujuan.

Setakat hari ini, Yes masih kekal satu-satunya syarikat tunggal menyediakan perkhidmatan 5G untuk pengguna awam.

Saat Akhir, U Mobile Dan Maxis Dilapor Tak Jadi Sertai DNB

Jika anda ketinggalan, 4 syarikat (Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile) beberapa bulan lalu mencadangkan untuk sebuah lagi konsortium dianggotai mereka dibangunkan untuk turut sama berperanan sebagaimana DNB berfungsi.

Kerajaan kemudian menetapkan 70% pegangan dalam DNB diagihkan kepada semua syarikat telekomunikasi berminat manakala Kementerian Kewangan memegang 30% selebihnya.

Sumber: Reuters, The Edge Markets

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY