Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Image 2024-12-02 at 4.27.48 PM

Perbezaan Antara HONOR X9c 5G Dan HONOR X9c Smart

Diterbitkan Disember 2, 2024 oleh Rushsyafizal

HONOR baru-baru ini mengumumkan pelancaran dua telefon pintar baharu, iaitu HONOR X9c Smart dan HONOR X9c 5G, di pasaran Malaysia. Kedua-dua model ini menawarkan ciri yang menarik untuk memenuhi keperluan pengguna yang berbeza.

WhatsApp Image 2024-12-02 at 4.27.47 PM
HONOR X9c 5G
WhatsApp Image 2024-12-02 at 4.27.41 PM
HONOR X9c Smart

HONOR X9c Smart adalah versi “lite” bagi HONOR X9c 5G yang terkenal dengan ketahanan lasak. Model ini sesuai untuk pengguna yang inginkan telefon bajet dengan prestasi seimbang. Sebaliknya, HONOR X9c 5G direka untuk mereka yang mahukan pengalaman lebih premium. Berikut adalah perbandingan ciri utama kedua-dua model ini.

Perlindungan

HONOR X9c 5G menawarkan perlindungan menyeluruh termasuk penggantian skrin depan dan belakang selama 365 hari, jaminan bateri 36 bulan, dan penggantian satu-ke-satu untuk kecacatan kilang (tertakluk kepada pembelian sebelum 15 Disember 2024). HONOR X9c Smart hanya disertakan jaminan standard selama 1 tahun.

Kapasiti Bateri

Edisi standard menggunakan bateri silikon-karbon 6,600mAh dengan pengecasan pantas 66W dan mod penjimatan kuasa AI. Manakala edisi lite dikuasakan bateri 5,800mAh yang mampu bertahan sehingga 31.6 jam muzik atau 18.5 jam video dalam talian, dengan pengecasan pantas 35W.

Kemampuan AI

Kedua-dua model dilengkapi ciri AI seperti Magic Portal, Magic Capsule, Parallel Space untuk multi tugas, dan AI Eraser untuk penyuntingan gambar. Namun, edisi standard menambah ciri Blur Privacy untuk keselamatan tambahan.

Paparan

Edisi lite dilengkapi paparan rata LCD FHD+ 6.8 inci dengan kecerahan maksimum 850 nits. Edisi standard pula dilengkapi paparan OLED melengkung 6.78 inci dengan resolusi 1.5K dan kecerahan luar biasa sehingga 4,000 nits.

Kamera

Kamera utama 108MP Ultra Sensing dengan EIS dan OIS untuk HONOR X9c 5G, HONOR X9c Smart pula kamera utama dengan EIS sahaja, mencukupi untuk penggunaan harian.

Cip Pemproses

HONOR X9c 5G dijana cip pemproses Snapdragon 6 Gen 1, RAM sehingga 24GB, dan storan sehingga 512GB. Edisi lite pula menggunakan cip pemproses MediaTek Dimensity 7025, RAM sehingga 16GB, dan storan 256GB.

Warna

HONOR X9c 5G tersedia dalam Titanium Purple, Jade Cyan, dan Titanium Black, namun untuk HONOR X9c Smart ia tersedia dalam Ocean Cyan dan Moonlight White dengan corak belakang yang diinspirasikan daripada marmar.

Jika anda mencari telefon pintar mampu milik di bawah RM1,000, HONOR X9c Smart adalah pilihan yang ideal. Ia menawarkan ketahanan, bateri tahan lama, dan ciri AI untuk kegunaan harian.

Namun, jika anda mahukan pengalaman premium dengan paparan OLED melengkung, kamera unggul, dan sokongan selepas jualan yang menyeluruh, HONOR X9c 5G adalah pilihan terbaik.

Berkaitan

  • Lebih 10 Tahun Dengan Ekosistem Apple, Ini Pendapat Saya Bila Sebulan Dengan Ekosistem HONOR
  • China Temui Simpanan Emas Lebih 1,000 tan, Dianggarkan Bernilai RM367 Bilion
  • Samsung Dinobatkan Sebagai Jenama Terbaik Asia Tenggara 2024
  • ASML Keluarkan Set Lego Mesin Litografi TWINSCAN EXE:5000
  • CAAM Larang Terbang Dron Tanpa Kelulusan Di Kawasan Terjejas Banjir

Sumber: Siaran media HONOR

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY