Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Dinobatkan Sebagai Jenama Terbaik Asia Tenggara 2024

Samsung Dinobatkan Sebagai Jenama Terbaik Asia Tenggara 2024

Diterbitkan Disember 2, 2024 oleh Rushsyafizal

Samsung Electronics telah diiktiraf sebagai jenama terbaik Asia Tenggara untuk tahun 2024 oleh Campaign Asia-Pacific dengan kerjasama Milieu Insight. Selain itu, Samsung juga memegang gelaran jenama elektronik terbaik di rantau ini, berdasarkan senarai 50 jenama teratas Asia Tenggara 2024 yang menilai mindshare pengguna di enam pasaran utama.

Dengan skor keseluruhan 69.27%, Samsung mendahului pesaing lain dalam sektor elektronik. Prestasi cemerlang ini disumbangkan oleh kedudukannya sebagai jenama elektronik nombor satu di lima pasaran utama Asia Tenggara seperti Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand, dan Vietnam. Samsung juga mencatatkan skor jenama tertinggi (89%) di rantau ini, di samping mencapai skor tertinggi untuk kualiti, kepercayaan, dan inovasi.

Menurut ChonHong Ng, Naib Presiden dan Ketua Pemasaran Serantau Samsung Electronics Asia Tenggara dan Oceania:

Pengiktirafan ini membuktikan dedikasi kami untuk memberikan inovasi bermakna dan pengalaman luar biasa kepada pengguna di rantau ini. Kami berterima kasih atas sokongan yang diberikan dan akan terus memperkukuh usaha membawa pengalaman berkualiti kepada pengguna.

Samsung Dinobatkan Sebagai Jenama Terbaik Asia Tenggara 2024

Penilaian dilakukan melalui tinjauan lebih 10,000 pengguna di enam negara Asia Tenggara, iaitu Indonesia, Thailand, Filipina, Malaysia, Vietnam, dan Singapura.

Hasilnya, Samsung muncul di tangga pertama, diikuti oleh platform e-dagang terkemuka Shopee (kedua), syarikat teknologi gergasi Apple (ketiga), dan aplikasi serbaguna Grab (keempat).

Jenama teknologi bukan satu-satunya yang menonjol. Watsons, Lazada, UNIQLO, NETFLIX, JNT EXPRESS dan YOUTUBE masing-masing menempatkan pada senarai 10 terbaik, hasil daripada skor yang diberikan pengguna yang menikmati kemudahan pembelian, serta kekerapan transaksi di kalangan pelanggan.

Lebih 1,200 jenama dari 10 sektor termasuk fesyen, perkhidmatan kewangan, e-dagang, dan penghantaran makanan dinilai berdasarkan sembilan atribut utama seperti kepercayaan, inovasi, dan pengalaman pembelian.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Inisiatif e-Invois Percepat Transformasi Digital Malaysia
  • Apple Didapati Menjual Aksesori Mengandungi Bahan Kimia Yang Menyebabkan Kecacatan Kelahiran Dan Kanser
  • Perodua Dedah EMO-II, Generasi Terbaru Myvi Berkuasa Elektrik?
  • Haiwan Peliharaan Simulasi AI Dilaporkan Semakin Popular Di Kalangan Pengguna China

Sumber: Siaran media Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY