Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ios 14

Peranti Yang Terima iOS 13 Kelak Akan Turut Menyokong iOS 14

Diterbitkan Jun 2, 2020 oleh Meor Hasyim

iOS 14 yang merupakan versi operasi sistem terkini dari Apple bakal diperkenalkan pada 22 Jun ini melalui acara tahunan Apple World Wide Developer Conference (WWDC).

Dengan iOS 14, ia sudah pasti akan membawakan fungsi dan ciri-ciri baharu. Namun apa yang belum pasti adalah model iPhone mana yang bakal menyokong versi perisian terbaharu ini.

Hari ini, terdapat laporan yang mengatakan model iPhone kini menjalankan iOS 13 kesemuanya akan turut menyokong iOS 14. Ini bermakna iPhone 6S yang dilancarkan pada tahun 2015 pun turut juga boleh memasang iOS 14.

Jadi ini adalah senarai peranti yang bakal menyokong iOS 14 kelak:

  • iPhone 6S \ iPhone 6S Plus
  • iPhone SE
  • iPhone 7 \ iPhone 7 Plus
  • iPhone 8 \ iPhone 8 Plus
  • iPhone X
  • iPhone XS \ iPhone XS Max
  • iPhone Xr
  • iPhone 11
  • iPhone 11 Pro

Selain iOS 14, Apple juga turut dijangka untuk mengumumkan macOS 10.6, iPadOS 14, WatchOS 7, dan tvOS 14 baharu pada acara tersebut. Tahun ini ia bakal diadakan secara talian dan bukannya melalui acara fizikal disebabkan wabak pandemik Covid-19.

Sumber: TheVerifier

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY