Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Peranti Snapdragon 855 Pertama Akan Dijual Secara Rasmi Bermula 29 Januari Ini

Peranti Snapdragon 855 Pertama Akan Dijual Secara Rasmi Bermula 29 Januari Ini

Diterbitkan Januari 15, 2019 oleh Haikel Areff

Pengeluar dari China, Lenovo telah menjadi yang pertama mengumumkan telefon pintar dengan cip Snapdragon 855 apabila memperkenalkan model Lenovo Z5 Pro GT pada pertengahan bulan lalu.

Mereka juga mendakwa bahawa peranti tersebut boleh didapatkan bermula pada 24 Januari ini. Akan tetapi, Lenovo dikatakan telah menangguhkannya kepada tarikh 29 Januari.

Baca: Lenovo Umum Peranti Pertama Dengan Cip Snapdragon 855 & Memori 12GB RAM

Walaupun tiada sebarang maklumat rasmi daripada Lenovo setakat ini, pihak ITHome telah kongsikan satu tangkapan skrin perbualan sokongan pelanggan yang memberikan maklumat tersebut.

Peranti Snapdragon 855 Pertama Akan Dijual Secara Rasmi Bermula 29 Januari Ini
ITHome

Melalui perbualan itu, pihak Jingdong Mall(JD.com) telah memaklumkan penangguhan itu terpaksa dibuat bagi memastikan pengalaman produk dan pembelian yang terbaik dapat diberikan.

Lenovo Z5 Pro GT ini merupakan satu peranti yang sangat menarik untuk dinantikan kerana memiliki beberapa ciri mengagumkan.

Ia bukan sahaja peranti dengan SD855 pertama, malah turut menjadi telefon dengan 12GB RAM pertama di dunia. Selain itu, ia juga hadir dengan skrin 6.39-inci AMOLED, storan maksima 512GB serta fungsi skrin gelongsor.

Diharapkan peranti ini akan turut dibawa masuk ke pasaran tempatan kelak.

 

Sumber: Android Authority   JD.com

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY