Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2019-02-04 at 10.43.32 AM

Peranti Redmi Dengan Snapdragon 855 Disasarkan Pelancarannya Tahun INi

Diterbitkan Februari 4, 2019 ยท Dikemas kini Februari 4, 2019 oleh Helmi Samsuri

Dipisahkan dari Xiaomi pada awal Januari yang lalu, Redmi telah tampil memperkenalkan Redmi Note 7 ke pasaran telefon pintar.

Dalam masa yang sama juga, terdapat ura-ura sebuah lagi peranti bakal muncul dengan kelengkapan lebih berkuasa iaitu Snapdragon 855.

Ia disasarkan pelancarannya pada tahun ini sepertimana yang dikongsikan oleh CEO Redmi, Lu Weibing pada laman Weibo.

Peranti Redmi Dengan Snapdragon 855 Disasarkan Pelancarannya Tahun INi
Kredit foto: Weibo Lu Weibing

Antara yang dibincangkan adalah berkenaan dua telefon pintar baru, Redmi Note 7 Pro dan sebuah lagi model flahship.

Tidak banyak maklumat yang didedahkan dan untuk itu, sama-sama kita nantikan penawaran menarik yang bakal ditampilkan sub-jenama tersebut.

Sumber: Weibo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY