Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Peranti Pertama Snapdragon 855 Adalah Keluaran Dari OnePlus

Posted on Disember 6, 2018

Teka-teki mengenai peranti manakah yang akan muncul sebagai yang pertama menggunakan cip Snapdragon 855 akhirnya terjawab. Pete Lau, CEO OnePlus, telah mengesahkan bahawa peranti berkenaan adalah peranti keluaran mereka semasa acara Qualcomm Summit 2018 semalam.

Thrilled to announce our strategic partnership with EE on 5G – together with Qualcomm we look forward to launching the first 5G device in Europe! #OnePlus #EE #Qualcomm pic.twitter.com/UnKMpGT5Pg

— Pete Lau (@PeteLau) December 5, 2018

Walaupun model telefon tersebut tidak diumumkan, namun ramai pemerhati yakin bahawa ia bukanlah model OnePlus 7. Antara nama yang disebut-sebut ialah OnePlus 5G atau mungkin juga OnePlus McLaren.

Jika benar, kita mungkin akan melihat peranti Snapdragon 855 pertama seawal minggu hadapan kerana OnePlus McLaren Edition itu dijadual akan dilancarkan secara rasmi 11 Disember ini.

 

Sumber: YouTube Qualcomm

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress