Oppo sebagai salah sebuah pengeluar telefon pintar besar di China tidak ketinggalan mengikuti trend takuk untuk peranti mereka. Mereka baru sahaja melancarkan peranti R15 di China dan menampilkan rekaan sama seperti iPhone X.
OnePlus sebagai salah sebuah anak syarikat Oppo tidak dapat lari dari falsafah rekaan Oppo kerana peranti OnePlus 5T mereka sebelum ini telah mengikut rekaan yang sama peranti Oppo, R11.
Oppo R15 yang terbaru ini tidak sepenuhnya menampilkan rekaan skrin paparan penuh dan kedudukan kamera tidak diletakkan pada kedudukan menegak. Peranti ini menampilkan tetapan dwi-kamera.
Spesifikasi:
- Skrin paparan 6.28 inci dengan nisbah 19:9 (OLED Display)
- Cip pemprosesan Helio P60/Snapdragon 660 (Seramik)
- 6GB RAM/128GB ROM
- Bateri 3,450 mAh dengan teknologi pengecasan pantas VOOC
- Android 8.1 Oreo
Oppo R15 datang dengan dua versi iaitu kaca dan seramik. Versi seramik akan dijual dengan harga yang lebih tinggi berbanding versi kaca.
Berkaitan
- Intel Core-i7 8086K: Sambutan Ulang Tahun Cip Dengan Senibina X86
- 5 Sebab Utama Mengapa Anda Patut Miliki OPPO Watch Terbaharu Ini
- Pixel 6 Bakal Hadir, Tetapi Bukan Dengan Cip Snapdragon
- HUAWEI Band 6 Lancar Di Malaysia Pada Harga RM219
- Seorang Pelajar Universiti New York Mencuba Pengalaman Bekerja Di Kilang iPhone Di China
- Garmin Forerunner 55 Dilancarkan, Jam Pintar Kecergasan Berharga RM960
- OnePlus 6 Berkemungkinan Dijual Dengan Harga Melebihi RM 2,000
- Sharp Aquos R6, Telefon Pintar Pertama Dengan Sensor Kamera 1-Inci
- ROG Zephyrus M16 Dilancarkan - Lengkap Dengan Cip Intel i9, RTX 3060/3070
- Nokia 7 Plus Mendapat Sokongan ARCore Dengan Nokia 8 Sirocco, 8, Dan 6.1 Bakal Menyusul